This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Rumah terbengkalai dipercayai sarang maksiat

29/07/2008 Utusan Malaysia


MUAR Projek perumahan terbengkalai di Tanjung Agas di sini, dipercayai dijadikan sarang maksiat dan bukan sarang penagihan dadah seperti yang disangka pada awalnya.Pegawai Penyiasat Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, Inspektor Radzi Asmat berkata, pihaknya telah membuat pemeriksaan di sekitar kawasan tersebut dan mendapati tiada sebarang kesan yang menunjukkan lokasi itu menjadi tempat penagihan dadah.

Katanya, polis telah membuat pemeriksaan di semua sembilan rumah tersebut termasuklah bilik-bilik yang terdapat di dalamnya dan tidak menemui sebarang alat menagih dadah.

"Namun, kami percaya rumah tersebut menjadi tempat aktiviti maksiat kerana terdapat tilam dan cebisan kondom yang telah digunakan di beberapa rumah tersebut," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Selain itu ujar beliau, pihaknya turut menemui kasut dan selipar wanita di rumah terbengkalai berkenaan.

Khamis lalu, Utusan Malaysia menyiarkan laporan mengenai penduduk di Tanjung Agas yang mendakwa bimbang dengan keadaan sembilan buah rumah terbengkalai di kawasan itu dijadikan tempat penagihan dadah kerana terbiar sejak lebih sedekad lalu.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai terutamanya penduduk supaya melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan di kawasan perumahan masing-masing kepada pihak polis supaya tindakan segera dapat diambil.

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.