This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Penduduk Lestari Permai ucap terima kasih
17/06/2008 Utusan Online

Hamzah Zainuddin (topi kuning) membuat lawatan ke tapak perumahan yang terbengkalai di sekitar Lestari Permai, baru-baru ini.

PUCHONG 16 Jun - Jawatankuasa Pembeli Lestari Permai di sini bersyukur apabila masalah rumah terbengkalai membabitkan lima fasa di sini berjaya diselesaikan berikutan campur tangan kerajaan secara langsung.

Pengerusinya, Ali Hanafiah berkata, keprihatinan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainuddin dalam memastikan projek itu dapat disiapkan awal tahun depan, sangat menggembirakan penduduk.

Beliau menegaskan, rumah tersebut sepatutnya siap pada 2005 tetapi disebabkan pelbagai masalah yang dihadapi pemaju, ia terbengkalai selama tiga tahun.

Ia membabitkan fasa Lestari Permai, Lestari Perdana, Lestari Puchong, Saujana Puchong dan Saujana Putra.

''Kami berpuas hati dengan layanan kementerian kerana setelah tiga tahun berjuang mendapatkan hak, penantian kami berakhir jua.

''Apa-apa pun saya harapkan rumah kami semua akan siap seperti yang dijanjikan,'' katanya di sini.

Ketika melawat tapak projek di taman tersebut Sabtu lalu, Hamzah memberi jaminan bahawa kesemua projek perumahan tersebut dapat disiapkan awal tahun depan.

Jaminan tersebut dibuat setelah beliau mengadakan perbincangan dengan pemaju asal, Talam Corporation dan IJM Corporation yang akan mengambil alih projek terbengkalai itu.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.