This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Teliti kod amalan pemaju perumahan
14/05/2008 Berita Harian

Dewan Undangan Negeri Sarawak

KERAJAAN Sarawak bersikap terbuka terhadap cadangan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah ditubuhkan, namun perlu memberi peluang dan ruang terlebih dulu bagi melihat serta memantau keberkesanan kod amalan pemaju perumahan yang dilancarkan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) pada April 2007.

Menteri Perumahan, Datuk Sri Abang Johari Openg, berkata kerajaan juga akan mengkaji apa yang telah dilaksanakan di semenanjung dan Sabah sebagai panduan sebelum memutuskan sama ada akan menubuhkan tribunal pembeli perumahan.

Katanya, Sabah baru saja menubuhkan tribunal pada 2 Julai 2007 dan kementeriannya akan mengkaji kerangka kerja tribunal di Sabah sebagai panduan untuk Sarawak.

"Cadangan menubuhkan tribunal di Sarawak akan dikaji dari semua sudut dan memerlukan pindaan kepada Peraturan Pemaju-Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1998," katanya ketika menggulung perbahasan.

Beliau berkata, pada Mac lalu kementeriannya telah dimaklumkan mengenai persetujuan Perbendaharaan Negara untuk menubuhkan cawangan Bahagian Pinjaman Perumahan di Kuching.

"Ini adalah satu berita yang amat dialu-alukan bukan saja oleh pemohon pinjaman perumahan dan anggota penjawat awam Persekutuan, malah diterima baik oleh pemaju perumahan di negeri ini," katanya.

Abang Johari berkata, hasil pertemuan dan perbincangan SHEDA dan pegawai Bahagian Pinjaman pada Mac lalu, satu ketetapan dan persetujuan dicapai mengenai meringkaskan prosedur permohonan pinjaman perumahan daripada pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Persekutuan di Sarawak.

Katanya, dengan tertubuhnya pejabat Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Persekutuan di Kuching, semua permohonan pinjaman perumahan dari anggota Perkhidmatan Persekutuan berjumlah lebih 60,000 di Sarawak dapat dipercepat dan dipermudahkan.

"Dilengkapi kemudahan perkomputeran pihak Kuala Lumpur adalah dijangka semua permohonan pinjaman dapat diproses dan diluluskan secara 'on line' dalam masa beberapa hari saja berbanding perlu diluluskan ibu pejabat di Kuala Lumpur sebelum ini," katanya.

Mengenai pinjaman rumah panjang, beliau berkata kementeriannya sedar kenaikan kos bahan binaan dan fenomena ini bukan saja memerlukan kajian semula had maksimum pinjaman rumah panjang, malah harga siling rumah mampu milik juga perlu dikaji semula.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.