This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Penduduk terkejut kawasan lapang dibina pangsapuri

18/05/2008 Utusan Online Oleh A. JAILANI ABDULLAH


 

Kawasanlapang yang sepatutnyadijadikan taman permainan tetapi tiba-tiba bertukar menjadi tapak projek pangsapuri di Seri Kembangan, semalam.


SERI KEMBANGAN16 Mei – “Kami tidak fahambagaimana tapak yang telah diwartakan sebagaikawasan lapang sebelum ini tiba-tiba bolehdidirikan pangsapuri.

“Kami juga hairan mengapa tiada penjelasan daripada pihak-pihak berkenaan apabila diminta...semuanya senyap bagai tiada apa-apa berlaku,” kata Yong Kheng Tong.

Kheng Tong, 37, ialah salah seorang pembeli unit rumah teres dan pangsapuri di Taman SerdangHeights di sini, yang sebahagiannya telah siap dan sebahagian lagi sedang dalam pembinaan. Pemaju projek ialah Pesat Bumi Sdn. Bhd.

Yang dimaksudkan oleh beliau ialah sebidang tanah lapang seluas 1.031 hektar di tengah-tengah kawasanperumahan itu yang kini sedang didirikan pangsapuri tujuh tingkat di atasnya.

Mengikut salinan pelan susun atur asal taman itu, yang diberikan kepada wartawan oleh Kheng Tong,sebahagian daripada kawasan lapang berkenaan turut dikhaskan untuk tapak sebuah balai raya, yang seluas 809.40 kaki persegi.

Katanya, yang menghairankan ialah bagaimana Majlis Perbandaran Subang Jaya boleh mengubah status kawasan itu kepada tapak pangsapuri, dan ia dilakukan tanpa pengetahuan pihak pembeli.

“Proses pertukaran status itu juga boleh dipersoalkan kerana ia diluluskan pada 13 Mac lalu, yang mana ketika itu kerajaan masih belum dibentuk (selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-12),” dakwa Kheng Tong, yang berkata kerja-kerja pembinaan telah dimulakan dalam bulan yang sama.

Katanya, jika pembinaan pangsapuri itu diteruskan, bermakna kawasan perumahan itu sudah tiada lagi kawasan lapang untuk dijadikan tempat para penduduk di situ beriadah.

Ini juga bermakna, pemaju projek perumahan itu telah melanggar peraturan iaitu setiap projek perumahan mesti merizabkan sebanyak 10 peratus tanah daripada kawasan keseluruhan projek sebagai kawasan lapang.

“Apakah negara ini sudah tiada undang-undang. Mengapa hanya rakyat yang perlu mematuhi undang-undang... apakah agensi kerajaan dan syarikat tidak perlu?,” katanya dengan nada kesal.

Menurutnya lagi, jika kawasan itu diganti sekali pun, mereka tidak akan bersetuju kerana sudah pasti tanah gantian itu terletak di tempat yang tersorok.

“Kawasan lapang ini terletak di tengah-tengah kawasan perumahan ini. Ini akan memudahkan ibu bapa memantau anak-anak mereka bermain dan mengurangkan risiko berlakunya kejadian yang tidak diingini,” katanya, sambil mengingatkan mengenai kejadian-kejadian menculik kanak-kanak yang semakin meningkat kini.

Menurut Kheng Tong, beliau dan sebahagian pembeli di perumahan itu telah menghantar surat aduan pada pertengahan bulan lalu kepada Pejabat Menteri Besar Selangor bagi menyatakan kemusykilan mereka mengenai hal itu.

“Menerusi surat itu, kami menyatakan bantahan kami terhadap pertukaran status tanah ini. Pejabat Menteri Besar, menerusi surat bertarikh 18 April, telah mengarahkan MPSJ memberikan penjelasan kepada kami namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas yang kami terima,” ujarnya.

Menurut salinan surat dari Pejabat Menteri Besar itu yang diberikan kepada wartawan, MPSJ diberikan tempoh sehingga 7 Mei lalu untuk memberikan penjelasan.

Kerana kecewa dengan keadaan itu, Kheng Tong dan kira-kira 100 penduduk dan pembeli di kawasan perumahan itu telah mengadakan tunjuk perasaan aman di hadapan kawasan itu dengan harapan pihak-pihak berkenaan mengambil perhatian terhadap keresahan mereka.

Seorang lagi penduduk, Low Chin Chou, 41, juga kecewa dengan sikap MPSJ yang berdiam diri mengenai hal itu.

“Mana rasa tanggungjawab mereka kepada masyarakat. Hal ini bukan perkara kecil kerana ia melibatkan pelanggaran undang-undang.

“Kami perlukan penjelasan dan kami mahu kawasan ini dikembalikan statusnya,” katanya.

Seorang lagi pembeli, Tang Suet Mooi, 25, mempersoalkan di manakah penduduk, terutamanya kanak-kanak hendak menghabiskan masa dengan beriadah.

“Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Kami minta pihak-pihak berkenaan menyiasat perkara ini sama ada telah berlaku pelanggaran undang-undang,” tegasnya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.