This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemilik dakwa projek pangsapuri punca rumah retak
09/05/2008 Berita Harian

BUTTERWORTH: Dua puluh lima rumah di Taman Sutera Prima, Seberang Jaya di sini, mengalami keretakan serius, dipercayai berpunca daripada projek pembinaan pangsapuri 38 tingkat di kawasan berhampiran.

Rumah berkembar dua tingkat itu dikatakan mulai retak, Januari lalu selepas kerja menanam cerucuk bagi pembinaan pangsapuri dimulakan pada Disember tahun lalu.

Rumah itu yang terletak kira-kira 13 meter dari tapak projek pembinaan pangsapuri berkenaan, mula diduduki pada Disember 2006 dan mengalami keretakan di dinding, lantai, bilik air dan ruang tamu.

Berikutan masalah itu, pemilik rumah berkenaan menubuhkan satu jawatankuasa bertindak yang dipengerusikan Amirudeen Saidu Mohamad, untuk mencari jalan penyelesaian.

Masalah berkenaan turut dibawa ke pengetahuan kerajaan negeri dan Timbalan Ketua Menteri I, Mohammad Fairus Khairuddin, yang melakukan lawatan ke taman berkenaan, kelmarin.

Turut sama, Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP), Johari Kassim dan Amiruddeen.

Selepas meninjau masalah yang dihadapi penduduk, Mohammad Fairus mengarahkan MPSP dan pemaju projek itu menyediakan laporan lengkap mengenai projek pembinaan pangsapuri berkenaan.

Beliau berkata, laporan itu bagi mengenal pasti punca sebenar keretakan rumah itu.

"Kami juga akan mengatur perjumpaan dengan MPSP, pemaju dan jawatankuasa bertindak dalam tempoh terdekat untuk mendengar penjelasan daripada Yang Dipertua MPSP, Farizan Darus dan pemaju," katanya.

Mohammad Fairus berkata, tindakan perlu diambil bagi mengelak kejadian tidak diingini menimpa pemilik rumah berkenaan memandangkan pangsapuri itu baru lima tingkat dibina.

"Kita tidak mahu keretakan lebih serius berlaku apabila projek pembinaan pangsapuri siap kelak," katanya sambil menambah pemaju projek perlu mengambil kira keselamatan penduduk.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.