Pembeli merana rumah Nusa
Mewah terbengkalai
13/05/2008 Utusan Online Oleh PEMBELI MERANA, Selangor
SAYA adalah pembeli rumah Nusa Mewah Villa Kondominium di Bukit Pandan,
Pandan Indah, Cheras.
Mengikut perjanjian, rumah itu siap pada bulan Julai 2005. Malangnya projek
itu tertangguh. Pihak pemaju telah berjanji projek itu diteruskan.
Kerja-kerja akan dimulakan pada Jun 2007 dan siap pada April 2008. Malangnya
sehingga kini projek perumahan ini masih lagi terbengkalai.
Keadaan tersebut amat mengganggu kehidupan saya. Saya tidak terdaya lagi
dengan beban sewa rumah di samping tuntutan bayaran balik pinjaman bank yang
perlu saya bayar walaupun rumah belum siap lagi. Itulah satu-satunya rumah
yang menjadi harapan kami sekeluarga.
Sesungguhnya, saya tidak tahu kepada siapa saya hendak mengadu dan membantu
saya serta pembeli-pembeli lain yang menghadapi masalah yang sama.
Saya amat berharap agar semua pihak berkenaan termasuk kerajaan negeri
Selangor dan kementerian tertentu dapat membantu kami.