Penjelasan isu perumahan
terbengkalai di Selangor
Posted on Saturday, April 19 @ 11:24:15 MYT by reformis
Oleh Iskandar Abdul Samad, EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan
Selangor
Source: http://www.detikdaily.net/v4/modules.php?name=News&file=article&sid=1886
Pada 18 April 2008 telah dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan bahawa saya
telah memberitahu yang masalah projek perumahan terbengkalai di Selangor
akan diselesaikan di dalam sedikit masa lagi.
Ingin saya menyatakan di sini bahawa saya telah ditafsir kerana tidak
mungkin masalah sebesar ini (menurut rekod terkini Lembaga Perumahan &
Hartanah Selangor terdapat 139 projek) dapat diselesaikan di dalam masa yang
singkat.
Sebarang penyelesaian perlu melibatkan Kementerian Perumahan & Kerajaan
Tempatan yang mempunyai pelbagai kuasa untuk melindungi kepentingan pembeli,
pemaju-pemaju di mana ada yang telah bankrap dan bank-bank.
Bagi pihak Kerajaan Negeri, kami akan memastikan perkara-pekara yang wajar
dilaksanakan oleh agensi-agensinya akan dilaksanakan untuk memastikan
pembeli-pembeli tidak terus dizalimi. Walau bagaimana ia memerlukan
kerjasama dari semua pihak.
Buat masa ini, sama ada Kementerian atau / dan Kerajaan Negeri melalui
Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor, sedang mengadakan pemantauan terhadap
projek-projek yang sakit atau lewat tetapi berpotensi untuk disiapkan. Ini
dilakukan menerusi mesyuarat dari masa ke se masa bersama pihak pemaju,
kontraktor, pembeli atau agensi-agensi yang berkaitan.
Ingin juga di sini saya menarik perhatian kepada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan
Dan Perlesenan) 1966 (Akta 118), yang memperuntukan Menteri dengan kuasa
perseorangan untuk melantik syarikat baru mengambilalih pemaju perumahan
yang tidak memenuhi obligasi tanpa perlu merujuk kepada Menteri Kewangan
terlebih dahulu [ Subseksyen 11(1)c ].
|