This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Membazir bayar RM200 – Penduduk

21/04/2008 Utusan Online


SELAYANG 20 April – Para penduduk Andari Townvilla, Selayang Heights berasa berang dengan ketamakan pihak pemaju yang terus membina kawasan penempatan baru berhampiran rumah mereka tanpa menghiraukan keselamatan serta keselesaan penduduk di situ.

Penduduk yang ditemui mahukan pihak pemaju bersimpati dengan penduduk yang inginkan kebajikan mereka terpelihara di samping kemudahan yang mencukupi.

Salah seorang penduduk, Faizal Hamidon, 32, yang merupakan antara penduduk terawal tinggal di Andari Townvilla, memberitahu sejak Jun 2007, sijil layak keselamatan untuk menduduki rumah di kawasan tersebut sudah tidak dikeluarkan.

‘‘Ini membuktikan pihak pemaju langsung tidak prihatin dengan penduduk di sini setelah mendapat apa yang mereka mahukan,’’ katanya.

Selain itu, dia berasa marah kerana wang penyenggaraan yang dibayar sebanyak RM200 kepada pihak pengurusan langsung tidak berbaloi.

‘‘Padang permainan kanak-kanak yang ada di sini terhimpit di antara bangunan malah terdedah kepada bahaya kerja-kerja pembinaan berhampiran,’’ katanya.

Seorang lagi penduduk, Cheng San Kheong, 52, turut bersetuju dengan pendapat Faizal kerana berpendapat penjagaan keselamatan penduduk di situ amat longgar sekali.

‘‘Walaupun ada pengawal keselamatan, kehadiran mereka tidak membawa sebarang makna kerana langsung tidak kisah apa jua jenis kenderaan yang masuk ke kawasan perumahan kami,’’ katanya.

Katanya, sebuah kereta penduduk pernah nyaris dicuri, tetapi digagalkan oleh sistem keselamatan kereta.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Maniam, 35, berkata, pihak pemaju harus menepati janji mereka untuk mengekalkan 10 peratus kawasan hijau di kawasan Selayang Heights.

‘‘Saya berasa amat kecewa dengan landskap yang terdapat di sini kerana seolah-olah tidak terancang dan penduduk hanya berteman batu serta konkrit sebagai teman,’’ katanya.

Dia berharap Datuk Subahan Kamal selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer mampu membawa masalah tersebut kepada pihak-pihak berkenaan, dan jika perlu mereka bersedia membawa masalah itu ke mahkamah.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.