Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail Contact

This website is
 sponsored.gif

banner.gif

15 bangunan terbengkalai dipulih

30/03/2008 Utusan Malaysia


JOHOR BAHRU 29 Mac – Kerajaan negeri akan memulihkan 15 bangunan perniagaan yang terbengkalai bagi merancakkan lagi kegiatan ekonomi di bandar raya Johor Bahru.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, antara bangunan itu adalah kompleks-kompleks perniagaan di Jalan Tampoi, Jalan Wong Ah Fook, Jalan Storey, Jalan Skudai, Jalan Harimau Tarum dan Jalan Tun Abdul Razak.

Turut akan dipulihkan, katanya, beberapa kompleks di Jalan Rebong, Jalan Kuning, Jalan Kempas Baru, Jalan Langkasuka, Jalan Segget dan Kampung Sulaiman Menteri.

‘‘Kesemua projek ini dibina sekitar tahun 1997 lalu,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian menyewa antara Danga City Mall Sdn. Bhd. dengan MJ Department Stores Sdn. Bhd. di sini semalam.

Danga City Mall diwakili Ketua Bahagian Runcit, Gary Lee Seaton manakala Pengerusi Metrojaya Berhad, Datuk Ahmad Khairumuzammil Mohd. Yusof mewakili MJ Department Strore.

Menurut Abdul Ghani, dua lagi bangunan perniagaan iaitu Danga City Mall dan Pandan City yang juga terletak di pusat bandar raya telah dipulihkan oleh Mahabuilders Sdn. Bhd.

 

Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail

National House Buyers Association

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803

© 2001-2004, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.