This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Penduduk dibantu urus pangsapuri kos rendah

12/02/2008 Utusan Malaysia


PANDAN INDAH 11 Feb. - Penduduk Pangsapuri Kos Rendah (PKR) di Selangor kini boleh merujuk kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) berhubung soal pengurusan dan penyenggaraan kediaman mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka, Datuk Mad Aris Mad Yusuf berkata, ini kerana LPHS ditubuh untuk memberi pendedahan dan informasi kepada penduduk PKR dalam mempertingkatkan mutu kehidupan mereka.

Menurutnya, satu peraturan baru juga telah diwujudkan bagi memudahkan penduduk yang mendiami PKR menjalankan tugas-tugas penyelenggaraan.

"Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 diperkenalkan untuk memberi tanggungjawab kepada pembeli menjalankan tugas dan kuasa penyenggaraan dan pengurusan bangunan serta harta secara bersama.

"Jika sebelum ini pemaju yang akan menjalankan tanggungjawab tersebut, kini penduduk diberi peluang untuk menguruskannya sendiri dan ia akan berkuat kuasa pada 12 April ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Program Mesra Rakyat di Dewan Pandan Indah Kencana, Pandan Indah di sini semalam.

Turut hadir, Pengarah Eksekutif LPHS, Datin Paduka Alinah Ahmad dan ADUN Teratai, Yap Soo San.

Sempena program tersebut, turut diadakan ialah pameran oleh pelbagai agensi kerajaan seperti Rakan Cop, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), bomba serta demonstrasi kebakaran.

Mad Aris berkata, bagi penghuni PKR di kawasan Ampang, mereka harus bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Jawatankuasa Kemajuan Penduduk (JKP) untuk mempertingkatkan kualiti PKR.

"Dalam akta ini, segala tindakan pemantauan dan penguatkuasaan penyenggaraan dan pengurusan terletak di bawah Pesuruhjaya Pengurusan iaitu Yang Dipertua MPAJ.

"Jadi, penduduk seharusnya bekerjasama menjaga kawasan kediaman mereka untuk memastikan keselesaan dan kesejahteraan bersama, bukannya mengharapkan kepada pihak berkuasa sahaja untuk mengendalikannya,'' katanya

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.