Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail Contact

This website is
 sponsored.gif

banner.gif

Kesal rumah masih terbengkalai
15/02/2008 Utusan Malaysia


SAYA ingin meluahkan rasa hampa kerana rumah idaman yang saya beli tidak dengar khabar berita sehingga kini.

Saya pembeli rumah teres dua tingkat di Taman Kenanga, Bandar Baru Salak Tinggi sejak 1998. Sepatutnya rumah tersebut siap pada 2000, tetapi sudah hampir 10 tahun menunggu kerana terbengkalai.

Saya hanya dimaklumkan bahawa pemaju, Kumpulan Sepang Utama telah dibubarkan dan projek tersebut dalam proses pembubaran. Makluman tersebut dihantar pada tahun 2001. Setelah tiga liquidator, projek tersebut masih tidak berganjak ke mana-mana.

Setiap kali saya menghubungi syarikat terbabit, panggilan saya tidak berjawab setelah disambung kepada pegawai yang menguruskan perkara tersebut.

E-mel juga telah beberapa kali saya majukan untuk mengetahui status projek itu.

Bayangkanlah saya seorang pegawai sokongan kakitangan kerajaan terpaksa membuat dua pembayaran rumah setiap bulan memandangkan rumah yang terbengkalai tersebut telah dibuat potongan bulanan sebanyak RM460.

Hampa, kecewa dan sakit hati.

– PEMBELI HAMPA,

Kuala Lumpur.

 

Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail

National House Buyers Association

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803

© 2001-2004, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.