Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail Contact

This website is
 sponsored.gif

banner.gif

Ivory Properties bangun projek terbengkalai di Tanjung Tokong
04/02/2008 Berita Harian

IVORY Properties Group akan membangunkan semula projek perumahan Fettes Villa di Jalan Mount Erskine di Tanjung Tokong, Pulau Pinang yang terbengkalai lebih 10 tahun lalu.

Pengarah Urusannya, Datuk Low Eng Hock, berkata proses pembangunan semula itu dijangka mengambil masa selama tiga tahun dan membabitkan kos sehingga RM70 juta, tidak termasuk kos pembinaan.

"Kami dalam proses menyiapkan konsep projek terbabit dan kos pembinaannya hanya diketahui selepas itu," katanya pada sidang media di Pulau Pinang.

Beliau berkata selepas majlis memeterai perjanjian membangunkan semula projek itu antara anak syarikat Ivory Properties - Ivory Villas Sdn Bhd, Malaysia Building Society Bhd (MBSB) sebagai pihak pembiaya projek dan Gewaris Sdn Bhd, bekas pemaju prorjek perumahan terbabit.

Hadir sama, Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Pengarah Eksekutif Ivory, Datuk Nazir Ariff Mushir Ariff; dan Pengerusi MBSB, Tan Sri Abdul Hali Ali.

Fettes Villa dengan nilai pembangunan kasar RM247 juta, merangkumi tiga menara yang setiap satu setinggi 38 tingkat, selain 30 lot komersial dibangunkan di atas tanah seluas 5.4 hektar.

 

Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail

National House Buyers Association

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803

© 2001-2004, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.