This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

COB terima aduan penduduk Taman Sri Muda

10/02/2008 Sinar Harian

 

Shah Alam - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan bahawa Pesuruhjaya Bangunan (COB) telah menerima aduan penduduk pangsapuri blok 3A dan 3C, Taman Sri Muda, Seksyen 25 mengenai masalah penyelenggaran dan pengurusan bangunan bagi pangsapuri berkenaan.

 

Masalah itu pernah disiarkan Sinar Harian pada 6 Januari lalu.

 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan MBSA, antara aduan penduduk yang diterima ialah bumbung dan siling di pangsapuri reput dan berbahaya, manakala rumput dan longkang tidak diselenggarakan oleh pemaju.

 

Sehubungan itu, pihak pengurusan telah diberi tempoh untuk memaklumkan kepada majlis tindakan yang akan atau telah diambil untuk tindakan bagi mengatasi masalah yang diadukan penduduk.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.