| Selangor Selesai Tunggakan 
    Empat Bidang Urusan Tanah Sehingga 31 Dis 2007  07/01/2008 Bernama
 SHAH ALAM, 7 Jan (Bernama) -- Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor telah 
    memberi tumpuan sepenuhnya terhadap arahan Kerajaan Persekutuan untuk 
    menyelesaikan tunggakan empat bidang urusan tanah pada akhir tahun 2007 
    dalam usaha untuk penambahbaikan sistem penyampaian kerajaan.
 
 Bidang-bidang urusan tanah yang terlibat ialah pendaftaran urusniaga dan 
    bukan urusniaga, pemberimilikan tanah, pendaftaran dan pengeluaran hakmilik 
    strata dan penukaran hakmilik sementara ke hakmilik kekal, menurut satu 
    kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar.
 
 Menurut kenyataan itu, sehingga 31 Disember 2007 sebanyak 533,176 (99.99%) 
    dari 533,216 perserahan urusniaga dan bukan urusniaga telah didaftarkan. 
    Bagi permohonan pemberimilikan tanah sebanyak 49,163 (99.78%) dari 49,269 
    permohonan telah selesai diproses. Manakala bagi dua bidang urusan lagi 
    iaitu pendaftaran dan pengeluaran Hakmilik Strata sebanyak 2,451 skim 
    (56.06%) dari 4,372 skim telah didaftarkan hakmiliknya dan bagi pendaftaran 
    penukaran hakmilik sementara ke hakmilik kekal sebanyak 858,118 (80.25%) 
    dari 1,069,305 hakmilik telah didaftarkan.
 
 Baki hakmilik strata yang belum didaftarkan iaitu sejumlah 1,921 skim 
    (43.94%), sebanyak 360 skim memerlukan pemaju mematuhi keperluan proses 
    kelulusan pecah bahagi bangunan serta 597 skim memerlukan pemaju menjelaskan 
    bayaran fi yang dikenakan. Manakala 23 skim menunggu keputusan penyelesaian 
    kes mahkamah. Baki 941 skim hakmilik strata lagi memerlukan penyelesaian 
    dengan Jabatan Teknikal yang berkaitan sebelum hakmilik strata dapat 
    didaftarkan.
 
 Bagi penyelesaian baki pendaftaran penukaran hakmilik sementara ke hakmilik 
    kekal baki sejumlah 211,187 (19.75%) melibatkan 81,495 hakmilik tidak dapat 
    dikesan fail asalnya. Ini memerlukan ketelitian serta masa untuk semakan dan 
    membuka fail pendua bagi mengelak berlaku kesilapan.
 
 Manakala sejumlah 47,966 hakmilik memerlukan tindakan susulan Pentadbir 
    Tanah dengan Pemaju untuk mendapatkan Pelan Pra Hitungan bagi tindakan 
    pemadanan lot untuk proses pendaftaran hakmilik. Baki sejumlah 81,726 
    hakmilik sementara yang belum didaftarkan adalah memerlukan penyelesaian di 
    peringkat Jabatan Teknikal sebelum penukaran hakmilik kekal dapat 
    didaftarkan.
 
 Menurut kenyataan itu, pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor terus berusaha 
    secara giat dan menjangka akan dapat menyelesaikan kesemua baki tunggakan 
    tersebut selewat-lewatnya pada 30 Jun 2008 (kecuali bagi kes yang masih 
    melibatkan mahkamah) ke arah menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan 
    kerajaan kepada rakyat.
 
 Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan bekerjasama dengan semua pihak 
    yang berkaitan termasuk orang awam dan sektor swasta bagi mencapai matlamat 
    tersebut. Sebarang kemusykilan yang dihadapi berkaitan penyelesaian 
    tunggakan urusan tanah di atas, bolehlah berhubung terus dengan 
    pegawai-pegawai berikut:
 
 1. Encik Abd. Nasir bin Hassan
 Pengarah Tanah dan Galian Selangor
 Tel: 03- 55447801
 Emel: abdnasir@selangor.gov.my
 
 2. Puan Zabidah binti Awang
 Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Selangor
 Tel: 03- 55447803
 Emel: zabeadah@selangor.gov.my
 
 3. Tuan Zulkepli bin Ahmad
 Pegawai Daerah Petaling
 Tel: 03-56342020
 Emel: zulkepli@selangor.gov.my
 
 4. Tuan Bakhtiar bin Hussin
 Pegawai Daerah Klang
 Tel: 03-33718030
 Emel: bakh@selangor.gov.my
 
 5. Tuan Nor Hisham bin Ahmad Dahlan
 Pegawai Daerah Hulu Selangor
 Tel: 03-60641258
 Emel: nor_hisham@selangor.gov.my
 
 6. Tuan Huzaini bin Samsi
 Pegawai Daerah Gombak
 Tel: 03-61311018
 Emel: huz@selangor.gov.my
 
 7. Tuan Zainal Abidin bin A’ala
 Pegawai Daerah Hulu Langat
 Tel: 03-89251988
 Emel: zainalabidin@selangor.gov.my
 
 8.Tuan Mohd Amin bin Ahmad Ahya
 Pegawai Daerah Sepang
 Tel: 03-87061001
 Emel: mohd_amin@selangor.gov.my
 
 9. Tuan Asmawi bin Kasbi
 Pegawai Daerah Kuala Langat
 Tel: 03-31871225
 Emel: asmawi@selangor.gov.my
 
 10. Tuan Haji Ab. Malek bin Haji Mohd. Amin
 Pegawai Daerah Kuala Selangor
 Tel: 03-32891355
 Emel: malek@selangor.gov.my
 
 11. Tuan Marzuki bin Hussin
 Pegawai Daerah Sabak Bernam
 Tel: 03-32241970
 Emel: marzukihussin@selangor.gov.my
 
 -- BERNAMA
 |