Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail Contact

This website is
 sponsored.gif

banner.gif

Pemaju konsep bina jual rumah diberi insentif
21/01/2008 Berita Harian Oleh Rosli Abdul Jalil

KUANTAN: Kerajaan Pahang memberi insentif bagi menarik lebih banyak pemaju di negeri ini melaksanakan konsep `bina dan jual' bagi projek perumahan baru.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pusat Pertumbuhan Pahang, Datuk Mohd Soffi Abdul Razak, berkat, konsep itu yang pertama kali diperkenalkan di negeri ini dijangka dapat mengelakkan projek daripada terbengkalai.

"Antara insentif yang diberikan kerajaan termasuk pemaju dikecualikan daripada membina rumah kos rendah dan kos sederhana rendah.

"Selain itu, proses kelulusan, pertukaran syarat tanah dan pelan pembangunan dipermudah dan dipercepatkan," katanya pada alam sidang media selepas Majlis Pelancaran Fasa 2 Taman Mahkota Putra di Bandar Indera Mahkota di sini, semalam.

Perasmian projek itu dilakukan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar.

Turut hadir, Pengerusi Winfast Corporation Sdn Bhd, Datuk Seri Peter Cheah.

 

Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail

National House Buyers Association

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803

© 2001-2004, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.