| Hanya PBT berhak buat 
    keputusan - Yap 04/01/2008 Sinar Harian   Serdang - Ahli Parlimen Serdang 
    Datuk Yap Pian Hon menegaskan bahawa tiada pihak yang berhak menentukan 
    siapa yang berhak menentukan siapa ketua dalam persatuan penduduk di 
    sesebuah kawasan perumahan tanpa mendapat persetujuan daripada pihak 
    berkuasa tempatan (PBT) terlebih dahulu berhubung dakwaan penduduk di sebuah 
    pangsapuri kos rendah di Desa Serdang mengenai wujudnya individu yang 
    mengaku dirinya  sebagai wakil serta memungut bayaran bulanan.   "Jika aduan it benar, individu 
    terbabit boleh dikenakan tindakan kerana ia tidak mengikut syarat yang 
    termaktub di bawah Rang Undang-Undant Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan 
    dan Pengurusan).   "Pelantikan sebagai wakil 
    penduduk di situ dianggap tidak sah kerana ia membelakangkan persetujuan 
    bersama seperti mana yang telah ditetapkan dalam syarat terbabit," katanya 
    ketika diminta mengulas laporan yang dikeluarkan Sinar Harian kelmarin 
    mengenai masalah berkenaan.   Katanya, mengenai pungutan 
    bayaran yang menurut penduduk dibuat setiap bulan dengan jumlah RM5, setiap 
    pembayaran berkaitan perlu disertakan dengan penyata kira-kira sebagi rekod 
    kewangan persaturan itu sendiri.   Jelasnya, beliau turut terkejut 
    selepas dimaklumkan penduduk mengenai hal itu dan kecewa kerana situasi 
    sedemikian sedikit sebanyak menyebabkan hubungan antara jiran di situ 
    semakin tergugat.   "Saya difahamkan penduduk yang 
    tidak membuat bayaran tersebut di pulaukan dari sistem kejiranan di sini dan 
    perkara sebegini tidak seharusnya berlaku dalam sesebuah penempatan.   "Bagi memastikan perkara ini 
    tidak berpanjangan, kami akan segera menyiasat bagi mengelak berlakunya 
    ketidakadilan kepada penduduk," ujarnya.  |