This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

100 tuntut janji
24/09/2007 HM Oleh Ahmad Fitri Che Musa

PUCHONG: Hampir 100 pembeli sekali lagi membuat bantahan kerana tidak tahan dengan sikap degil pemaju yang masih gagal menyiapkan projek perumahan rumah teres dua tingkat, De Elina, Amarylis, Artemisia dan Camelia di Taman Lestari Puchong, Bandar Putra Permai, di sini, yang terbengkalai sejak dua tahun lalu.

 

Mereka berkumpul di tapak perumahan itu bagi meluahkan perasaan kecewa dan tidak puas hati selain menggesa pemaju dan pihak terbabit menyelesaikan masalah berkenaan berikutan perkembangan projek itu tidak banyak berubah, walaupun mereka sudah membuat bantahan sebelum ini.


Wakil pembeli, Leong Kee Poh, 42, berkata pemaju memberikan pelbagai alasan apabila ditanya mengenai projek perumahan terbengkalai itu menyebabkan pihaknya tidak dapat bertolak-ansur dengan sikap pemaju.

"Pemaju berjanji untuk memulakan kerja menyiapkan projek perumahan itu semula pada Julai lalu selepas kami mendedahkan perkara ini kepada media, bagaimanapun mereka tetap tidak menunaikan janji.

"Kami sudah menghubungi pemaju beberapa kali sejak penghujung Julai lalu, tetapi mereka memberitahu kerja pembinaan itu ditangguh bulan depan," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.