This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

19 pembeli saman pemaju, MDKS
07/07/2007 Utusan Malaysia

KLANG 6 Julai - Seramai 19 orang pembeli rumah di Taman Wawasan, Tanjong Karang mengemukakan saman untuk menuntut ganti rugi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini berikutan rumah yang dibeli sejak enam tahun lalu gagal diduduki.

Tuntutan ke atas pemaju, Radiant Hart Construction Sdn. Bhd, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan kerajaan negeri Selangor masing-masing sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga itu dibuat setelah unit rumah yang dibeli ditarik balik sijil layak menduduki (CF).

Penarikan CF itu dibuat ekoran kejadian tanah mendap serta menjejaskan struktur kediaman jenis teres dua tingkat itu pada 17 April 2004.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk Taman Wawasan, Idah Hasan berkata, pihaknya telah mengemukakan aduan kepada pihak berkenaan mengenai masalah itu termasuk kerajaan negeri sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, tiada sebarang tindakan diambil daripada pemaju, Radiant Hart Construction Sdn, Bhd., Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mahupun kerajaan negeri Selangor bagi menangani masalah itu.

‘‘ Kami membeli rumah ini dengan kos di antara RM30,000 dan RM150,000 pada tahun 2001 dan sehingga ini kami tidak dapat tinggal di rumah berkenaan walaupun banyak kali aduan telah dibuat.

“Apa yang menyedihkan, kami terpaksa menanggung bebanan yang agak tinggi selain kos seperti kecurian, kerosakan dan sebagainya.

“Oleh itu, kami telah mengemukakan tuntutan saman dan ganti rugi kepada tiga pihak berkenaan atas segala kerugian kerana gagal menyediakan rumah yang sempurna serta kecuaian dalam membuat penilaian keselamatan rumah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini, masalah pembeli rumah di taman berkenaan telah mendapat perhatian Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo pada Jun 2005.

Mohamad Khir melalui kenyataannya dalam Utusan Malaysia pada 23 Jun 2005 telah mengeluarkan arahan kepada pemaju projek berkenaan supaya merobohkan semula unit rumah itu dan melaksanakan pembinaan semula.

Bagaimanapun, tiada sebarang tindakan dibuat oleh pemaju berhubung dengan arahan tersebut.

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.