Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail Contact

This website is
 sponsored.gif

banner.gif

Penantian 3 tahun berakhir

20/04/2007 Harian Metro Oleh Kamarulzaman Pid

 

Pemaju setuju teruskan projek perumahan Bandar Pinggiran Cyber

 

Cyberjaya: Hanya sebulan saja lagi penderitaan selama hampir tiga tahun yang dialami 404 pembelli rumah di Fasa 3D1, Bandar Pinggiran Cyber, di sini, akan berakhir.

 

Khabar gembira itu diterima penduduk terbabit menerusi sepucuk surat daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), bertarikh 6 April selepas kementerian itu mengadakan mesyuarat dengan pemaju projek berkenaan serta agensi berkaitan pada 27 Mac lalu.

 

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bandar Pinggiran Cyber, Syed Kamaruddin Syed Samsuddin, berkata melalui surat berkenaan, kementerian terbabit memaklumkan bahawa pemaju bersetuju meneruskan projek itu yang akan dimulakan bulan depan dengan tender baru dikeluarkan bulan ini.

 

"Dalam mesyuarat itu juga, pemaju memaklumkan kepada kementerian bahawa projek itu dijangkan siap pada Julai tahun depan.

 

"Ini adalah berita gembira yang kami terima selepas hampir berputih mata apabila menyaksikan rumah yang kami beli terbengkalai sejak beberapa tahun lalu," katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

 

Ketika ini, projek pembinaan rumah teres berharga antara RM129,000 hingga RM214,000 itu yang sepatutnya diserahkan kepada pembeli pada Oktober 2005, hanya disiapkan sekitar 25 hingga 40 peratus.

 

Berikutan itu, jawatankuasa pendudu, terbabit mengemukakan aduan kepada kementerian yang kemudian bertindak membantu mereka menyelesaikan masalah berkenaan.

 

Projek itu tertangguh disebabkan beberapa masalah berkaitan jalan masuk ke projek perumahan itu, selain masalah bekalan air untuk kegunaan penduduk.

 

Pengangguhan projek terbabit menyebabkan sebahagian besar pembeli yang terdiri daripada kakitangan kerajaan terpaksa menanggung beban membayar pinjaman bank selain bayaran sewa rumah sekarang.

 

Syed Kamaruddin berkata, biarpun itu adalah satu berita yang positif, mereka bimbang masalah itu akan berulang di masa depan.

 

Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail

National House Buyers Association

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803

© 2001-2004, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.