This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemaju tak siap rumah
09/02/2007 Harian Metro Oleh Noor Jaafar

 

300 pembeli kena bayar sewa, faedah pinjaman

 

Kuala Lumpur: Lebih 300 pembeli flet kos rendah Taman Seri Pelangi, Sentul, di sini mengeluh keran pemaju perumahan itu gagal menyiapkan projek sejak 2002 menyebabkan mereka kerugian  dan kini terpaksa mendiami rumah sewa serta bayaran faedah pinjaman bank.

 

Berikutan itu, mereka meminta Bahagian Pengawasan dan Penguatkuasaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengambil tindakan pemaju terbabit.

 

Semalam, Jawatankuasa Bertindak kepada pembeli mengadakan perbincangan dengan Pengarah Pengawasan dan Penguatkuasaan Kementerian berkenaan, Dr. G Parameswaran dan pihak pemaju berkenaan bagi menyelesaikan rungutan pembeli.

 

Selain 316 unit rumah di flet setinggi 16 tingkat, pemaju melaksanakan projek rumah teres dua tingkat dan rumah kedai di kawasan itu.

 

Dr Parameswaran berkata, hasil perbincangan itu, pemaju memberi jaminan untuk meneruskan projek itu mulai. Mei ini dan dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2008.

 

"Sehubungan itu, Bahagian Pengawasan dan Penguatkuasaan akan memantau dan memastikan projek itu disiapkan seperti dijanjikan kerana kes dianggap berprofil tinggi kerana membabitkan ramai pembeli daripada golongan berpendapatan rendah," katanya.

 

Beliau juga memberi jaminan kementerian akan mengambil tindakan tegas, termasuk menyenarai hitam pemaju berkenaan jika mereka gagal menyiapkan projek itu mengikut tempoh.

 

Katanya, buat masa sekarang pemaju akan menyiapkan rumah kedai dan wang hasil jumlah itu akan digunakan untuk menyiapkan pembinaan rumah flet kos rendah berkenaan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.