Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail Contact

This website is
 sponsored.gif

banner.gif

COB bantu kutip yuran selenggara bangunan
14/11/2007 Harian Metro

Kajang: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) akan menubuhkan Pesuruhjaya Bangunan (COB) bagi membantu pemaju perumahan memungut yuran penyenggaraan dan orang ramai boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya gagal atau enggan menjelaskannya.

Yang Dipertua MPKj, Datuk Hasan Nawawi Abd Rahman, berkata COB diwujudkan mengikut Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 bagi memastikan penyelenggaran sesebuah bangunan dilakukan dengan teratur.

Menurutnya, kebanyakan pengurusan bangunan mengalami masalah apabila pemilik enggan menjelaskan yuran penyelenggaran menyebabkan tunggakan sehingga beberapa tahun.

"Dengan adanya pesuruhjaya ini, pemilik rumah boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya mereka enggan menjelaskan yuran penyelenggaraan.

"Selain itu, pemaju boleh dikenakan tindakan sekiranya gagal mengemukakan akaun tahunan yang sudah diaudit mengenai kutipan dan perbelanjaan penyelenggaran kepada COB," katanya.

Menurutnya, sekiranya pemaju gagal mengemukakan akaun dalam tempoh yang ditetapkan dan boleh kenakan denda tidak melebihi RM100,00 atau dipenjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

"Dengan adanya COB, pemaju tidak akan terlepas daripada tanggungjawah mereka untuk mejalankan membaiki kecacatan dan kerosakan bangunan sekali gus memberi kesan positif kepada kedua belah pihak," katanya.

Hasan Nawai berkata, kawasan pentadbirannya mempunyai 72,434 unit yang membabitkan bangunan bertingkat dan 30 peratus daripadanya rumah kos rendah, manakala 60 peratus adalah kos sederhana.

"Saya difahamkan kira-kira 70 peratus pemilik rumah kos rendah gagal menjelaskan yuran penyelenggaraan kepada pemaju," katanya.

 

Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail

National House Buyers Association

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803

© 2001-2004, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.