Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail Contact

This website is
 sponsored.gif

banner.gif

Projek terbengkalia tiada kaitan dengak JKKK
02/11/2007 Sinar Harian

Sungai Choh - Projek Pembesaran Kampung Koskan Sungai Choh telah dimulakan pada tahun 1989 di mana Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (FKKK) Kampung Stesen Sungai Choh selaku Pengurus Projek telah melantik Syarikat Ehsanibu Sdn Bhd sebagai kontraktor pembinaan projek tersebut.

Manakala pada 2001 pula, syarikat berkenaan telah membuat perjanjian dengan pembeli-pembeli 43 unit di Fasa 3 tanpa melibatkan JKKK Kampung Stesen Sungai choh tetapi masih menggunakan perjanjian bertulis yang bertarikh 24 November 1989, yang Pengurus Projek berkenaan telah meninggal dunia.

Demikian menurut Pengerusi JKKK Kampung Stesen Sungai Choh yang baruk, Mohd Sani Abu Bakar, di dalam kenyataannya menerusi surat rasmi kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut bagi membetulkan tanggapan pembeli mengenai penglibatan JKKK Kampung Stesen Sungai Choh berkenaan projek perumahan yang terbengkalai di Kampung Koskan.

Katanya, selaku Pengerusi JKKK yang baru, beliau tidak pernah melantik pemaju sebagai kontraktor untuk menyiapkan projek berkenaan dan tidak pernah menandatangani apa perjanjian dengan kontraktor mahu pun pembeli.

Satu perjumpaan telah dibuat di antara Penghulu Mikim Serendah dengan wakil pembeli iaitu Mohd Nizam Mohd Nor bagi menetapkan satu tarikh untuk membincangkan projek rumah yang terbengkalai pada 22 Oktober lalu.

Beliau juga berharap agar tanggapan negatif terhadap JKKK Kampung Stesen Sungai Choh mengenai perkara terbabit dapat deperjelaskan.

 

Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail

National House Buyers Association

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803

© 2001-2004, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.