Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail Contact

This website is
 sponsored.gif

banner.gif

Syarikat pemaju diserbu

27/01/2007 Harian Metro

 

Klang: Seorang pesara tentera yang jelas marah dengan kerenah sebuah syarikat pemaju perumahan di Taman Bayu Perdana, di sini yang dianggapnya menipu, gembira apabila mendapati pejabat itu diserbu pegawai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) semalam.

 

Sulaiman Maarok, 64, dari Sungai Udang, dekat sini, memberikan tempoh sehingga semalam kepada pemaju untuk menyelesaikan masalahnya sebelum dia mengambil tindakan lanjut.

 

"Saya memang nak jumpa pegawai syarikat ni. Mereka janji nak jumpa saya, dan saya mahu penyelesain. Jika tidak, saya tak taulah. Apa nak jadi pun, biarkan.

 

"Tetapi hari ini nampaknya ada pegawai datang, media pun ada, baguslah," katanya.

 

Difahamkan Sulaiman adalah antara pemilik tanah yang dijanjikan keuntungan melalui konsep perkongsian dengan syarikat terbabit tetapi mereka menghadapi masalah kerana projek perumahan yang dicadangkan terbengkalai.

 

Menurut Sulaiman, dia bersetuju bekerjasama dengan syarikat itu kira-kira empat tahun lalu di atas sebidang tanahnya di Jalan Merak, Sijangkang. Sebagai balasan, Sulaiman dijanjikan dua unit rumah jenis berkembar.

 

"Sementar menanti rumah itu siap, saya tinggal di rumah lain dan syarikat ini membayar RM450 sebulan sebagai sewa bulanan.

 

"Sekarang sudah tiga bulan bayaran itu tidak dibuat," katanya.

 

Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail

National House Buyers Association

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803

© 2001-2004, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.