This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Rumah pangsa terbabit tanah runtuh selamat
24/01/2007 Berita Harian Oleh Badrul Hizar Ab Jabar

JKR sahkan struktur tanah di blok B3, B6 Seksyen 10 Wangsa Maju tidak terjejas

KUALA LUMPUR: Pemilik dan penghuni blok B3 dan B6 rumah pangsa Seksyen 10 Wangsa Maju yang terbabit dalam kejadian tanah runtuh lebih tiga bulan lalu dibenarkan menduduki semula kediaman masing-masing pada 15 Februari ini selepas ia disahkan selamat.

DALAM PROJEK: Zulhasnan (dua dari kanan) meninjau projek pembinaan semula benteng yang runtuh tigabulan lalu di Seksyen 10 Wangsa Maju, Kuala Lumpur, semalam.

Bagaimanapun, penghuni blok B4 dan B5 hanya dibenarkan pulang pada 15 Mac ini kerana kontraktor masih melakukan kerja tambahan seperti memulihkan kemampatan tanah bagi menjamin keselamatan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique, berkata penduduk tidak perlu bimbang kerana Bahagian Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR) mengesahkan struktur tanah selamat untuk diduduki.

“Selepas kerja tambahan siap, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan JKR akan mengadakan lawatan tapak teknikal terakhir dan jika menepati spesifikasi ditetapkan, penghuni boleh kembali tanpa rasa bimbang.

“Penghuni yang belum dibenarkan pulang boleh terus mendiami Projek Perumahan Rakyat (PPR) Semarak dan menikmati kemudahan sewa rumah, bayaran bil elektrik dan air percuma sehingga menerima notis berpindah daripada DBKL,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas lawatan teknikal bersama DBKL, Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) dan JKR semalam. Turut hadir, Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan DBKL, Mhd Amin Nordin Abd Aziz.

Dalam kejadian 9 Oktober lalu, lebih 700 penghuni empat blok flet kos rendah itu dipindahkan serta-merta selepas berlaku tanah runtuh bersebelahan dua blok lima tingkat flet berkenaan dipercayai akibat hujan lebat.

Tanah runtuh sedalam kira-kira enam meter itu berlaku jam 7.10 malam, lima minit selepas masuk waktu Maghrib, menyebabkan kawasan pembuangan sampah flet serta bahagian tepi sebuah rumah runtuh.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Kejuruteraan Cerun JKR, Datuk Ir Ashaari Mohamad, berkata kontraktor sedang melaksanakan kerja penambakan tanah melalui reka bentuk yang disediakan perunding.

“Kerja penanaman rumput sudah dibuat dan seterusnya membina sistem perparitan, sambungan air dengan Indah Water Konsortium (IWK) serta pembinaan jalan dan pagar akan disiapkan dalam tempoh dua minggu.

“Penghuni blok B4 dan B5 perlu menunggu kerana kerja tambahan selain asas tanah belum begitu kukuh dan mengambil kira-kira sebulan lagi untuk disiapkan,” katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.