This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pastikan pemaju ada lesen maju projek

29/01/2007 Harian Metro

 

Shah Alam: Pembeli rumah perlu memastikan pemaju mempunyai lesen untuk membangunkan sesebuah projek perumahan, sebelum mereka memutuskan untuk membeli rumah di kawasan projek tersebut," kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting.

 

"Pembeli boleh minta maklumat mengenai pemaju daripada kementerian, Ini bagi mengelakkan pembeli terus ditipu dan teraniaya apabila sesuatu projek perumahan terbengkalai atau sebagainya," katanya ketika ditemui pemberita, semalam.

 

Beliau berkata, pembeli juga boleh mendapatkan panduan mengenai cara untuk memeriksa latar belakang pemaju berlesen itu, di laman web kementerian.

 

Beliau mengulas aduan beberapa pembeli rumah di sini minggu lepas, yang menyuarakan rasa tidak puas hati selepas kerja membina rumah yang dibeli mereka terbantut apabila projek terbengkalai, dan pemaju projek itu pula didapati tiada lesen.

 

Pemaju berkenaan bagaimanapun dikatakan sudah membangunkan enam projek.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.