Sebanyak 16 pemaju dihadapkan
ke Mahkamah tidak mematuhi keputusan Tribunal
12/9/2006 Bernama.com
Petaling Jaya, 12 Sept (Bernama)
- Sebanyak 16 pemaju telah dihadapkan ke mahkamah kerana tidak mematuhi
keputusan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah untuk membayar pampasan kepada
pembeli rumah, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong
Ka Ting hari Selasa.
Tanpa menyebut nama pemaju itu,
beliau berkata pemaju itu terpaksa dihadapkan ke mahkamah setelah didapati
dengan sengaja tidak mematuhi keputusan tribunal itu, yang kebanyakan kerana
melambatkan atau menangguhkan bayaran tersebut kepada pembeli rumah.
"Nama pemaju yang telah
dihadapkan ke mahkamah akan disenaraihitamkan oleh kementerian itu," kata
beliau kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan dan Perumahan
Kebangsaan anjuran Institut Strategi dan Kempimpinan Asia (ASLI) di Bandar
Sunway, di sini.
"Pada peringkat akhir, jika kes
itu hendak dibicarakan di mahkamah, sesetengah pemaju ini datang ke
kementerian, malah sesetengahnya datang dengan pembeli rumah itu, meminta
kita menggugurkan pertuduhan keran merekan akan membayar tetapi kita kata
tidak.
"Kita beritahu mereka bahawa oleh
kerana anda telah menunjukkan tidak hormat, kepada tribunal itu sekian lama
dan membazirkan wang pembayar cukai, kita terpaksa menjadikan ini sebagai
satu pengajaran kepada anda," katanya.
Ong berkata adalah menjadi satu
kesalahan jenayah dengan tidak mematuhi keputusan Tribunal Tuntutan Pembeli
Rumah.
Menteri itu juga berkata bahawa
pindaan terhadap Akta Pemaju Perumahan, yang antaran lain akan meningkatkan
bayaran siling untuk tuntutan yang didengar oleh tribunal itu, digandakan
kepada RM50,000, yang dijanka siap untuk dilaksanakan pada tahun depan.
Pindaan itu akan melibatkan enam
akta lain - hakmilik strata, jurutera, arkitek, perumahan, penyeragaman
undang-undang kecil serta perparitan dan jalan pembangunan, yang semuanya di
bawah jabatan dan kementerian berlainan.
"Semasa sesi sidang Parlimen,
kita mungkin tidak mampu untuk membahaskan pindaan itu tetapi akan berusaha
bagi membentangkangkan untuk bacaan pertama," kata beliau.
Tribunal itu ditubuhkan pada 1
Dis, 2002 untuk mendengar tuntutan pembeli rumah yang membabitkan harga
rumah daripada RM25,000, dan mengikut statistik kementerian itu, terdapat
15.698 kes didaftarkan dengan tribunal itu sehingga 31 Dis tahun selepas.
Daripada jumlah ini, 14,360 atau
93% telah diselesaikan dan 90 peratus telah selesaikan dengan pemaju itu,
dengan membayar pampasan yang diputuskan oleh tribunal berkenaan.
_Bernama
|