Sudah 20 tahun terbengkalai
20/08/2006
Kosmo Oleh Nurulanuar Mansor berita@kosmo.com.my
Penduduk dakwan menyakitkan mata,
bahayakan keselamatan
Kajang - Jika penhujung ke Taman
Padang Tembak, Sungai Kantan dekat sini sakit mata mellihat belukar yang 'merajai'
empat blok rumah terbengkali di situ, apatah lagi bagi mereka yang menetap
di kawasan berhampiran.
Kosmo! Ahad dalam tinjauan kesana
semalam, diberitahu oleh penduduk projek fasa 2 yang hampir 80 peratus
disiapkan itu terbengkalai sejak hampir 20 tahun yang lalu.
Walaupun ia tidak menjadi sarang
penagih atau penyamun, keadaan blok-blok yang terbengkalai itu bagaikan duri
di mata masyarakat setempat dan didakwa boleh membawa seribu satu bahaya.
Seorang penduduk yang ditemui,
Kamisah Safar, 62, mengatakan projek berkenaan mula dibina diantara tahun
1985 hingga 1986.
"Khabarnya, projek tersebut
menghadapi masalah teknikal dengan pihak Majlis Perbandaran Kajan (MPKj)
menyebabkan kerja-kerja pembinaan dihentikan.
"Sejak itu, ia terbiar menantikan
keputusan MPKj dan tindakan susulan pemaju sampailah anak pokok dah jadi
besar lengan," dakwanya.
Bagaimanapupn, seorang lagi
penduduk, Azlina Jaafar, 40, pula mendakwa, pemaju projek Fasa 2 Taman
Padang Tembak yang terbengkalai itu masih berminat untuk meneruskan projek
tersebut.
"Awal 2006 yang lalu, pihak
pemaju ada datang membersihkan semak samu di situ, tapi sejak itu tiada pula
tindakan lanjut daripada mereka.
"Apa yang kami harapkan, sesuatu
dapat dilakukan untuk memperbaiki keadaan yang sudah 20 tahun menyakitkan
mata kami," jelasnya.
Seorang penduduk yang hanya mahu
dikenali sebagai Abang Man pula berpendapat, sepatutnya pihak-pihak yang
berkenaan dapat menyelesaikan masalh projek terbengkalai itu dengan segera.
"Takkanlah nak ambil masa 20
hingga 30 tahun nak selesaikan perkara ini sedangkan pemaju senderi jelas
mahu menyiapkannya.
"Agaknya mungkin ada pihak yang
mahu menjadikan kawasan ini hutan simpan, itu sebab mereka ambil masa lama
untuk diselesaikan," sindirnya.
|