Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail Contact

This website is
 sponsored.gif

banner.gif

Bantah pengurusan
Harian Metro 8/8/2006 Oleh Nazarali Saeril

 

Kuala Lumpur: Ratusan penghuni Kondominium Desa View Tower, Taman Malawati, di sini, terpaksa berkumpul di depan pintu masuk bagi menghalang pengurusan kondominium daripada mengambil alih kawasan terbabit.

 

Pengerusi Jawatankuasa Penduduk kawasan itu, Lufti Ahmad Ghazi, 52, berkata penghuni berkenaan berkumul di depan kondominium berkenaan sejak seminggu lalu kerana tidak puas hati dengan pengurusan yang didakwa tidak telus dalam banyak perkara membabitkan penduduk.

 

"Penghuni di sini tidak pernah melantik pengurusan terbabit untuk mengurusakan hal ehwal kami. Mereka sudah ada di sini sejak kira-kira lima tahun lalu dan mengenakan pelbagai syarat sehingga menyusahkan penduduk.

 

"Kami sudah tidak tahan dengan pelbagi undang-undang ciptaan mereka dan akhirnya mengambil keputusan untuk mengambil alih pengurusan kondominium untuk kepentingan kami sendiri," katanya ketika ditemui, malam tadi.

 

Bagaimanapun, tindakan penduduk berkumpul untuk menghalang pengurusan daripada mengambil alih tempat itu mengundang rasa tidak puas hati pihak terbabit.

 

Menurut Lutfi, wakil pengurusan diiringi beberapa pengawal peribadi datang setiap hari ke kondominium itu dan mendakwa mereka mahu mengambil alih pengurusan perumahan berkenaan semula.

 

"Akibatnya pertelingkahan besar antara penduduk dengan wakil pengurusan serta pengawal peribadinya berlaku malam tadi.

 

"Kami sudah maklumkan kepada polis berkaitan perkara itu dan selepas menunjukan beberapa dokumen disahkan Jabatan Insolvensi Malaysia, meraka beredar dari sini selepas di-arahkan pihak berkuasa," katanya.

 

Menurut Lutfi, masalah bermula selepas pengurusan dikatakan gagal memenuhi permintaan penduduk untuk membuktikan mereka dilantik penghuni serta pelbagai lagi termasuk penyata kira-kira yang enggan ditunjukkan dan penyewaan beberapa premis kepada pihak luar.

 

Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail

National House Buyers Association

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803

© 2001-2004, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.