Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail Contact

This website is
 sponsored.gif

banner.gif

Rehda diminta nyata pecahan harga rumah

08/07/2006 Berita Harian

KAMI merujuk kepada laporan bahawa harga rumah dijangka meningkat sehingga 100 peratus jika konsep bina dan jual diperkenalkan.

Tidak diragukan bahawa harga rumah akan meningkat tetapi kenaikan 100 peratus dinyatakan bekas Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) adalah taktik menakutkan untuk tidak menggalakkan pengenalan konsep itu.

Kami meminta Rehda supaya memberikan pecahan berapa banyakkah peningkatan 100 peratus itu yang disumbangkan oleh kos tinggi dan berapa banyak keuntungannya.

Walaupun harga rumah akan meningkat, harganya masih kompetitif kerana mana-mana pemaju mengenakan harga terlalu tinggi menghadapi masalah rumah tidak terjual.

Bagi pembeli rumah, harga yang tinggi akan diimbangi oleh fakta bahawa mereka akan menyimpan wang memandangkan mereka tidak perlu membuat bayaran kemajuan. Mereka juga dapat menilai sendiri sama ada rumah disiapkan itu setanding dengan harganya.


Yang penting mereka tidak akan berakhir menjadi mangsa projek perumahan terbengkalai. Kerajaan perlu memperkenalkan konsep untuk melindungi pembeli rumah.

SM MOHAMED IDRIS,
Presiden Persatuan Pengguna
Pulau Pinang.

 

Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail

National House Buyers Association

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803

© 2001-2004, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.