This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Penantian 23 tahun berakhir

02/07/2006 Harian Metro Oleh Mohd Amin Jalil

SEREMBAN: Seramai 48 pembeli rumah di Taman Senawang Jaya (TSJ) Fasa 1C Senawang, dekat sini, lega apabila penantian selama 23 tahun untuk menduduki rumah sendiri bakal berakhir tidak lama lagi.

Ini kerana Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) diberi tanggungjawab untuk mengambil alih dan membaik pulih projek rumah teres setingkat itu yang terbengkalai sejak 1983.

Berikutan terlalu lama terbengkalai, kebanyakan pembelinya putus harapan untuk menduduki rumah berkenaan.

Malah, ada pembeli terpaksa mencari alternatif lain dengan menyewa kediaman atau membeli rumah lain untuk didiami berikutan tidak yakin projek perumahan itu mampu disiapkan.

Beberapa pembeli yang ditemui ketika Majlis Penerangan dan Menandatangani Akujanji dengan SPNB di Dewan Theatrette Wisma Negeri di sini, semalam, melahirkan rasa gembira kerana impian menduduki rumah sendiri bakal akan tercapai tidak lama lagi.

Hadir sama pada majlis itu Pengurus Besar Projek SPNB, Ahmad Azizi Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Woo Ah Lek.

Rosmah Hamzah, 60, berkata rumah berharga RM61,000 itu dibeli ketika suaminya berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan berhasrat dijadikan tempat tinggal selepas bersara.

Bagaimanapun, katanya, hasratnya tidak tercapai apabila rumah itu terbengkalai sejak 1983 manakala dia bersara pada 1987.

“Suami saya pula meninggal dunia pada 1994 dan saya kini menetap di kampung di Kuala Pilah kerana rumah yang diimpikan untuk didiami tidak siap,” katanya.

Baharuddin Mahdi, 53, pula berkata, dia bersyukur kerana kerajaan melantik SPNB untuk membaik pulih projek perumahan berkenaan demi kepentingan pembeli.

“Saya gembira apabila mendapat tahu SPNB hendak mengambil alih projek itu dan dengan siapnya kelak ia mampu meleraikan segala kekusutan dan kesenggaraan pembeli kerana ada yang meminjam wang daripada institusi kewangan,” katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.