Pemaju beri janji, penduduk
lega
20/06/2006 Kosmo
Kuala Lumpur - Penghuni sebaris
20 unit rumah di Jalan Melati 2, Taman Sri Melati, Selayang, akhirnya boleh
mendapat sedikit kelegaan setelah dihantui ke-bimbangan risiko rumah mereka
akan runtuh.
Keadaan itu berikutan kenyatan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kelmarin yang menjelaskan pihak pemahu
telah berjanji kepadanya untuk memperbaiki segala kerosakan serperti yang
didakwa penduduk.
DBKL memaklumkan, pemaju kini
sedang mendirikan tembok penahan sepanjang sepadan dengan deretan rumah
teres yang sedia ada.
Menurut kenyataan, DBKL telah
membuat siasatan dan mendapati, keretakan itu ekoran penanaman sheet pile
yang perlu dibuat sebelum tembok penahan boleh dibina.
Gegaran akibat kerja menanam
sheet pile tersebut dipercayai telah menyebabkan keretakan berlaku
dilantai bahagian luar rumah, kata DBKL sebagai mengular laporan Kosmo! pada
5 Julai lalu mengenai masalah penduduk berkenaan. |