This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

404 pembeli kecewa projek tidak pulih
Harian Metro 17/7/2006
 

Putrajaya: Seramai 404 pembeli rumah di Fasa D1 Bandar Pinggiran Cyber, dekat sini, kecewa kerana projek perumahan yang terbengkalai sejak tiga tahun lalu, sehingga kini tiada tanda untuk dipulihkan.

 

Kemelut itu nyata merumitkan pembeli yang sebahagian besarnya kakitangan kerajaan berpendapatan sederhana berikutan terpaksa membayar ansuran bulanan antara RM800 hingga RM1,000 selain sewa rumah antara RM400 hingga RM700 sebulan.

 

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bandar Pinggiran Cyber, Syed Kamaruddin Syed Samsuddin, berkata mereka tidak mampu menanggung azab akibat kegagalan pemaju menyiapkan rumah yang sepatutnya diserahkan kepada pemblei pada Oktober tahun lalu dan mahu keputusan susulan jawatankuasa teknikal. Rabu ini.

 

Jawatankuasa itu dianggotai Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Majlis Perbandaran Sepang (MPSp), Jabatan Perkhidamatan Pembentungan, Jabatan Kerja Raya, Jabtan Pengairan dan Saliran, Syarikat Berkalan Air Selangor, pemaju dan persatuan penduduk.

 

Kata Syed Kamaruddin, pembeli herharap projek itu dapat diteruskan tetapi jika tiada jalan penyelesaian dicapai, mereka tiada pilihan dan sanggup menerima ganti rugi daripada pemaju.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.