Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail Contact

This website is
 sponsored.gif

banner.gif

Tiada pagar di perumahan awam

09/06/2006 Kosmo

 

Kuala Lumpur - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjelaskan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu tidak mendirikan pagar di kawasan perumahan awam.

 

Menurut Pegawai Perhubungan Awam dan Antarabangsa DBKL, Anwar Mohd Zain, pembinaan pagar tidak termasuk dalam pelan asal pembinaan projek perumahan awam sekitar Kuala Lumpur.

 

"DBKL sebelum ini memang tidak pernah membina pagar di kawasan perumahan awam.

 

"Bagaimanapun, DBKL akan membina pagar sekiranya terdapat permintaan penduduk," katanya ketika di hubungi semalam.

 

Anwar berkata demikian sebagai mengulas laporan Kosmo! kelmarin mengenai kejadian kecurian motosikal di Projek Perumahan Awam (PPR) Cochrane Perkasa yang didakwa penduduk berpunca daripada ketiadaan pagar.

 

Sementera itu, Anwar ketiak mengulas mengenai kemudahan bersukan di PPR Cochrance Perkasa berkata, permintaan penduduk berkenaan akan dipertimbangkan.

 

"Kami akan melihat kesesuain lokasi kemudahan yang akan dibina sebeluom sebarang rancangan dilakukan," jelasnya.

 

Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail

National House Buyers Association

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803

© 2001-2004, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.