Projek sakit 15 tahun pulih
Harian Metro 22/6/2006
SELOKA Gagah Sdn Bhd (Seloka Gagah), pemaju perumahan yang mengambil
inisiatif membangunkan projek Taman Ulu Beranang di Selangor yang
terbengkalai sejak 1980-an, berjaya memulihkan keseluruhan perumahan itu Mac
lalu.
Syarikat mengambil alih projek berkenaan melalui satu jualan lelong pada
2000 dan menyelesaikan semua masalah berkaitan yang dihadapi pembeli asal
termasuk masalah guaman dan teknikal.
“Selepas semua masalah berkaitan projek terbengkalai diselesaikan, syarikat
dapat melaksanakan projek dengan teratur dan menyiapkan fasa satu
membabitkan pembinaan 22 rumah teres pada 2003.
“Kemudian, syarikat menyiapkan fasa kedua projek itu membabitkan pembinaan
enam kedai, 27 rumah teres, enam rumah berkembar dan sebuah banglo pada Mac
lalu.
“Syarikat juga mendapatkan sijil kelayakan menduduki (CF) bagi semua jenis
rumah yang dibina untuk penduduk. Jualan yang dibuka mendapat sambutan
menggalakkan,” katanya dalam satu kenyataan syarikat yang dikeluarkan di
Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pembinaan Taman Ulu Beranang membabitkan 46 unit rumah teres terbengkalai
pada tahun 1980-an selepas bekas pemaju gagal memperoleh CF menyebabkan
pembinaan awal 22 rumah teres yang sudah bermula ketika itu terhenti.
Keadaan itu berlarutan lebih 15 tahun menyebabkan pembeli tidak dapat rumah
serta kawasan tapak projek dipenuhi semak, lalang dan belukar.
“Baki rumah yang ditawarkan memang terhad. Tempah segera kerana ia langkah
bijak mempunyai kediaman sendiri atau untuk pelaburan. Harga jualan tetap
pada kadar lama walaupun harga semua bahan pembinaan sudah naik,” katanya.
Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Audrey Ho di 016-625
5086 atau Chow di 012-372 6198.
Menurutnya, semua rumah direka dan dibina dengan ciri istimewa untuk memberi
kepuasan kepada pembeli. Antaranya, ruang pembinaan luas dan siling tinggi
yang memberi cahaya dan pengaliran udara yang baik serta segar.
Ia dibina menggunakan batu-bata merah, lantai berjubin, berpagar tembok
konkrit, pintu dan tingkap berbingkai keluli bagi menambah nilainya.
Katanya, Taman Ulu Beranang dikelilingi alam semulajadi hijau, bukit dan
dusun buah-buahan. Lokasinya strategik dengan cawangan Universiti
Norttingham England dan berhampiran Kuala Lumpur, Kajang, Putrajaya, Nilai
dan Bangi.
Justeru, satu majlis penyerahan kunci dan CF akan diadakan pada 25 Jun ini (Ahad).
Ia akan dirasmikan Adun Kawasan Lenggeng, Datuk Ishak Ismail, Presiden
Malaysia-Beijing Holding Sdn Bhd, Datuk Ng Kek Kiong dan Yang Dipertua
Perbandaran Nilai, Noordin Mohd Yatib.
Turut diadakan pertandingan mewarna gambar untuk murid sekolah dan cabutan
bertuah untuk pembeli rumah serta penyampaian derma kepada PIBG SK Ulu
Beranang, SRJK(C) Yu Chai dan SRJK (T) Lenggeng. |