This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

MPAJ masih diam status rumah

Berita Harian 14/6/2006

KUALA LUMPUR: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) diminta menjelaskan status terkini berhubung cadangan projek pembinaan town housemembabitkan 80 unit di lereng bukit di Taman Kelab Ukay, Hulu Klang, di sini.

Seorang penduduk, Rosli Shamsudin, berkata penduduk kawasan itu masih tertanya-tanya dan berada dalam keadaan berteka teki mengenai kesahihan projek berkenaan sama ada akan diteruskan atau sebaliknya berikutan sikap berdiam diri MPAJ.

Beliau berkata, pembinaan projek di lereng bukit itu pernah mendapat bantahan penduduk Taman Kelab Ukay tiga tahun lalu kerana tapak cadangan pembinaan itu tidak sesuai dan boleh mengakibatkan kejadian tanah runtuh di kawasan itu.

"Justeru surat bantahan dihantar kepada MPAJ sejak 2003 sebaik notis pemberitahuan mengenai pembinaan itu dipasang pemaju di tapak pembinaan berkenaan.

"Bagaimanapun, hingga kini surat yang kita hantar tidak berjawab sedangkan kita mahu tahu status ,terkininya. Memanglah, projek ini belum dijalankan tetapi itu bukan satu jaminan ia tidak akan diteruskan pada masa depan," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Rosli berkata, perkembangan terbaru penduduk difahamkan projek pembinaan itu masih belum ditangguhkan dan hanya menunggu masa sesuai untuk diteruskan.

"Kita amat berharap projek ini dibatalkan terus kerana pembinaan ini bakal mengancam nyawa penduduk kerana dikhuatiri berlaku hakisan dan tanah runtuh.Adakah kita mahu melihat satu lagi kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan Hulu Klang," katanya.

Katanya, penduduk sentiasa dalam kebimbangan memikirkan tahap keselamatan mereka dan kebimbangan itu menjadi semakin memuncak apabila kejadian tanah runtuh berlaku di lereng bukit di kawasan mereka.

"Pemaju bertindak menambah tebing dengan simen untuk menahan ia daripada terus runtuh dan saya tidak boleh bayangkan bagaimana keadaan kami sekiranya projek ini masih diteruskan," katanya.

Katanya, pada masa sama pihaknya mahu MPAJ merobohkan kondominium terbengkalai berhampiran kediaman mereka kerana dikhuatiri kejadian yang tidak diingini berlaku pada masa depan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.