Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail Contact

This website is
 sponsored.gif

banner.gif

Konsep 'bina dan jual' disokong

Utusan Malaysia 24/06/2006

KUALA LUMPUR 23 Jun - Keputusan kerajaan memperkenalkan konsep 'bina dan jual' dilihat sebagai satu elemen yang bakal menyelamatkan pengguna daripada risiko rumah terbengkalai.

Konsep yang memerlukan pembeli membayar pendahuluan 10 peratus dan bakinya diselesaikan selepas rumah siap itu disifatkan oleh orang ramai sebagai mesra pembeli.

Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati orang ramai berharap harga rumah siap yang akan diperkenalkan nanti tidaklah terlalu tinggi sehingga membebankan pembeli.

Seorang pemandu, Selvaraja Suppiah, 40, berkata, keputuskn ini sangat baik dan menjamin pembeli dari risiko terbengkalai.

"Kerajaan sepatutnya memperkenalkan konsep ini 'dari dulu lagi.

"Sekarang, pemaju pasti takut dan akan lebih bertanggungjawab pada projek yang mereka jalankan," jelasnya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan bersetuju memperkenalkan pembinaan projek perumahan menggunakan konsep 'bina dan jual' yang hanya memerlukan para pembeli membayar pendahuluan 10 peratus harga jualan dan bakinya dilunaskan selepas rumah siap.

Beliau berkata, buat permulaan konsep ini akan dicuba oleh pemaju-pemaju selama dua tahun dengan pemantauan kerajaan.

Pekerja sektor awam, Ishak Hassan, 45, menegaskan tindakan kerajaan itu adalah tanda sokongan kepada pembeli walaupun harga rumah dijangka naik.

"Konsep ini adil kepada kedua-dua pihak, pemaju mendapat sedikit insentif dan kita mahu setiap pembelian rumah terjamin.

Pegawai perancang bandar, Ong Cheng Hock, 52, berkata, keputusan kerajaan ini dapat melindungi pembeli dari ditipu pemaju.

"Risalah bila hendak jual rumah sangat cantik tapi bila rumah sudah siap semuanya indah khabar dari rupa," jelasnya.

Seorang kerani, Krishnan, 54, menyifatkan langkah itu tepat pada masanya.

"Saya tak kisah kalau harga naik sedikit asalkan rumah siap pada masanya,"ujarnya.

Bagi penganalisis penyelidikan pelaburan, Mohd. Helmi Mohd. Yusof, 27, keputusan kerajaan ini memberi banyak kelebihan kepada pembeli.

"Saya lihat kekurangan dan tekanan sekarang pada pihak pemaju, walaupun harga dijangka naik tetapi diharap dapat dipantau kerajaan.

Menurut seorang kerani, Asmarina Zulaikha Azizul, 24, keputusan kerajaan itu menjamin pembeli dari ditipu pemaju yang nampak hebat tetapi akhirnya gulung tikar.

 

Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail

National House Buyers Association

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803

© 2001-2004, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.