This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Jentera lesap, kondo tersadai
Kosmo 1/6/2006

KAJANG - Bukan saja rumah tidak siap malah pahat pun dah tak berbunyi!

Begitulah keadaan Kondominium Servis Kajang Villa di sini yang masih belum siap walaupun sudah hampir enam tahun pembinaan dimulakan.

Menurut seorang pembeli, Zulfikar Ali, 33, perjanjian membeli rumah telah ditandatangani pada tahun 2000.

"Pemaju berjanji projek pembinaan kediaman ala hotel itu akan siap pada 2003.

"Sehingga sekarang, bukan saja pembinaannya belum siap malah kelibat jentera pembinaan pun sudah tidak nampak," katanya ketika ditemui semalam.

Tinjauan KOSMO! ke tapak pembinaan mendapati hanya satu blok kondominium telah siap, manakala di tapak bersebelahan terdapat tiang-tiang konkrit yang terbiar.

Bangunan kondominium yang telah siap itu bagaimanapun masih belum didiami.

"Di tapak bersebelahan itu sepatutnya dibina blok rumah saya, iaitu Parcel A.

"Blok yang sudah siap itu adalah Parcel, B," tambah Zulflkar.

Jelasnya, pihak pemaju ada menghantar surat menyatakan hasrat untuk menyerahkan rumah kepada pembeli pada Februari lalu.

"Kalau pemaju hendak serah rumah, rumah yang mana satu? Rumah saya (Parcel A) belum siap lagi.

"Saya harap pihak pemaju dapat menyiapkan pembinaan dengan segera kerana saya sudahpun membuat bayaran pinjaman kepada pihak bank," ujarnya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.