This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Enam undang-undang akan dipinda ganti CFO

Utusan 23/06/2006


PUTRAJAYA 22 Jun - Kerajaan akan meminda enam undang-undang serentak untuk membolehkan sijil penyiapan dan pematuhan (CCC) dikeluarkan sendiri oleh para profesional bagi menggantikan sijil kelayakan menduduki (CFO) yang sekarang ini dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan untuk meminda akta-akta tersebut akan dilakukan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi akan datang.

‘‘Di bawah kaedah ini, tanggungjawab untuk mengeluarkan CFO akan berpindah kepada pihak profesional.

‘‘Dengan ini, kita harap walaupun terpaksa meminda enam undang-undang tetapi kesudahannya akan membolehkan pengeluaran CFO yang lebih pantas dan mengurangkan masalah birokrasi dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan Ke-54 di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting berkata, enam akta yang akan dipinda serentak itu ialah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Akta Pemaju Perumahan 1966 dan Akta Hak Milik Strata 1986.

Selain itu, katanya, ia juga melibatkan Akta Pendaftaran Jurutera 1967, Akta Arkitek 1967 dan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

‘‘Enam undang-undang itu terletak di bawah tiga kementerian iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli.

‘‘Ketiga-tiga kementerian akan bekerjasama dan diselaraskan oleh Jabatan Peguam Negara untuk membawa pindaan tersebut ke Parlimen,” katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.