This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Tanah runtuh di Sungai Long
Berita Harian 10/5/2006

KAJANG: Bermula di jalan, runtuhan tanah kemudian melarat ke kawasan rumah, dan inilah yang menjadi kebimbangan penduduk di Sungai Long, di sini apabila tanah runtuh di bahagian bukit di Jalan Sungai Long 12/1 menyebabkan laluan dua hala menjadi satu hala.

Satu hala jalan sentiasa dilitupi tanah dan ini menyukarkan penduduk yang menggunakan laluan berkenaan.

Masalah runtuhan tanah sejak April itu semakin teruk sehingga menyebabkan laluan berdekatan cerun langsung tidak dapat digunakan sehingga menjadikan jalan itu hanya dibuka sehala.

Untuk keselamatan penduduk, ada pihak meletakkan tali sempadan bagi memastikan orang ramai tidak menggunakan haluan ditutup.

Difahamkan sehingga kini kira-kira 250 lori tanah diangkut keluar oleh pemaju dari jalan berkenaan.

Tinjauan Sentral mendapati jalan itu juga sudah kuning akibat tanah lembut dan berair yang sentiasa turun dari cerun berkenaan dan kerja mengangkut tanah yang dilakukan pemaju.

Bagaimanapun, masalah runtuhan tidak berakhir di situ kerana ia turut membimbangkan lebih 50 penduduk di kawasan perumahan berhampiran, Taman Makmur II yang turut terjejas dengan bencana itu akibat 'berkongsi' bukit berkenaan.

Sebahagian bukit menghadap bahagian belakang beberapa unit rumah berkembar di kawasan perumahan itu.

Penduduk, Chong Chong Bing, 56, berkata runtuhan tanah di kawasan bukit itu bukan saja mengenai jalan tetapi bahagian yang satu lagi itu melarat sehingga ke belakang rumahnya dua minggu lalu menyebabkan keseluruhan pagar belakang rumahnya rosak.

Chong mendakwa, masalah itu dipercayai berlaku kerana pemaju melaku­kan penebangan pokok di atas bukit itu sejak setahun lalu bagi projek pembangunan seterusnya.

"Secara perlahan ia menghakis tanah dan bulan lalu tanah runtuh berlaku di Jalan Sungai Long 12/1 dan dua minggu lalu, rumah saya turut terjejas," katanya sambil menambah laporan sudah dibuat kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pada 2 Mei lalu dan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan meninjau keadaan rumahnya keesokan harinya.

Beliau berkata, MPKj sudah mengambil tindakan menghantar surat saman kepada pemaju perumahan di kawasan itu kerana tidak mengambil langkah melaksanakan sistem pengaliran air yang teratur di lokasi projek baru bagi mengelakkan masalah itu berlaku.

Sementara itu, jirannya, Sharifah Zubaidah Syed Alwi, 58, berkata beliau yang sudan tinggal hampir dua tahun di kawasan perumahan berkenaan sebelum ini tidak pernah berhadapan dengan masalah itu.

Kini, beliau khuatir apabila berlaku hujan lebat kerana memikirkan nasib yang sarna mungkin menimpanya.

"Setiap kali hujan, kami sekeluarga takut sebab runtuhan tanah sudah berlaku di bahagian depan," katanya yang juga risau terhadap keselamatan pembantu rumahnya yang tidur di bilik belakang rumah.

Beliau berkata, apabila hujan, keadaan tanah di laluan Jalan Sungai Long 12/1 akan dipenuhi tanah serta air berlumpur. Apabila panas pula, seluruh kawasan rumah berhampiran berdebu.

"Jalan yang ditutup menyusahkan kami, ditambah pula dengan jalan berlubang-lubang kerana lori yang terbabit dengan projek perumahan baru berdekatan sering lalu lalang.
"Kereta juga terpaksa dicuci setiap hari kerana cepat kotor," katanya.

Seorang lagi penduduk, Ahmad Sawaly, 36, berkata beliau berharap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan secepat mungkin kerana jika hujan lebat berterusan dan tiada tindakan diambil, keselamatan mereka akan terus tergugat.

"Jika tiada langkah tertentu diambil, kemungkinan keadaan menjadi bertambah buruk," katanya.

Penduduk, Timothy Wong, 46, pula berkata, pihak bertanggungjawab harus mengambil tindakan membina benteng penahan seperti penghadang konkrit bagi mencegah tanah runtuh itu.

"Saya risau, tambahan pula sekarang ini musim hujan lebat, risiko tanah runtuh berlaku sangat tinggi," katanya.

Wong berkata, longkang antara belakang rumahnya dengan bukit itu yang tersumbat sebelum ini juga merumitkan lagi keadaan.

Beliau berkata, walaupun kerja gotong-royong membersihkan longkang itu sudah dilakukan dengan kerjasama penduduk baru-baru ini, lubang tanah yang kecil sudah kelihatan terbentuk di tepi pagarnya.

"Dengan air yang bertakung sebelum ini, tanah belakang rumah saya menjadi lembut.

"Saya bimbang akan merijadi mangsa tanah runtuh jika masalah ini tidak diselesaikan secepat mung kin," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.