Tanah runtuh Sungai Long makin
serius
Utusan Malaysia 4/5/2006
KAJANG 3 Mei - Penduduk Bandar Sungai Long mahu Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
lebih serius mengenal pasti kawasan yang berisiko berlaku runtuhan tanah
agar kejadian tahan runtuh dapat dielakkan.
Mereka berkata, pemantauan yang kerap, teliti dan berterusan di kawasan
tanah tinggi jika tidak dilaksanakan akan menyebabkan berlaku kejadian
seperti tanah runtuh di kawasan yang tidak disangka.
Penduduk berkata demikian sebagai reaksi kepada kejadian tanah runtuh di
Persiaran Sungai Long 1, di sini semalam yang hampir meragut nyawa dua
pelajar tertimbus dalam runtuhan tanah itu.
Ketika kejadian, difahamkan kedua-dua pelajar berusia 14 tahun itu baru
pulang dari sekolah menggunakan jalan tersebut ketika runtuhan berlaku
kira-kira pukul 6 petang.
Seorang penduduk, Ah Pau, 67, berkata, hakisan tanah di kawasan itu disedari
berlaku sejak tiga minggu lalu.
Tambah beliau, sepatutnya MPKj perlu segera menutup jalan yang dikenal pasti
berlaku hakisan tanah dan memperbaikinya sebelum berlaku runtuhan.
Bagi seorang pelajar kolej berdekatan, Kumarasiinggam, 21, kejadian seumpama
itu disifatkan sangat teruk dan tidak sepatutnya berlaku.
"Selain membahayakan nyawa lebih 1,000 pelajar berhampiran, bayangkan pula
nyawa penghuni sebuah kondominiurn yang hanya terletak 10 meter dari kawasan
runtuhan," katanya.
Tinjauan Utusan Malaysia di tempat kejadian hari ini mendapati, kerja-kerja
menanam tiang besi konkrit oleh pihak berkuasa di tebing jalan tersebut
telah bermula sejak awal pagi dan jalan tersebut ditutup kepada lalu lintas.
Seorang peniaga, Ken Yeong, 43, berharap MPKj memandang serius kejadian ini,
kerana penduduk bimbang jika hakisan besar terus berlaku ia juga akan
semakin menghampiri rumah penduduk. |