This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Rumah siap pahat berbunyi
KOSMO 30/5/2006

PUCHONG - Projek perumahan yang telah siap tetapi disusuli dengan pelbagai masalah, nampaknya terus menghantui penduduk.

Bagi penduduk Blok F, Taman Puchong Permai, mereka sudah hampir putus asa mengajukan masalah baik kepada pemaju mahupun pihak berkuasa.

Persoalannya, penduduk masih juga diganggu dengan masalah sturktur bangunan yang retak, kebocoran air tangki, kemudahan yang tidak disediakan dan berbagai-bagai lagi yang menyulitkan kehidupan seharian mereka.

Menurut Zainab Abidin, 42, masalah keretakan rumah bukan baru kerana ia sudah berlaku sejak mereka berpindah 2001.

"Keretakan di sini cukup menakutkan. Blok F 7 sahaja retaknya bermula dari tingkat bawah hingga ke tingkat atas sekali," katanya.

Tinjauan KOSMO! mendapati keretakan pada dinding bangunan itu selebar 3 sentimeter sehingga membolehkan jari dimasukkan ke dalam jaluran tersebut.

Bukan setakat itu sahaja, Norhasyima Hashim, 35, pula memberitahu, penduduk juga berhadapan dengan masalah kebocoran air yang tidak diketahui berpunca dari mana.

"Ada yang berhabis wang sendiri untuk memperbaiki kebocoran tersebut. Kami sudah ajukan kepada pemaju tetapi mereka tidak ambil peduli," ujarnya.

Ramizan Ramli, 36, pula mempersoalkan kewujudan pili bomba di setiap blok tanpa adanya 'air' di dalam pili tersebut.

Ramizan berkata, kecurian nozzle di pili bomba kerap berlaku tetapi anehnya, tiada pula kelihatan air keluar daripada saluran yang telah terbuka itu.

"Saya sendiri terkejut dengan perkara tersebut. Apa yang dikhuatiri adalah jika berlakunya kebakaran, tiada sumber air untuk memadamkan api," tegasnya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.