This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Rumah baru tetapi penuh dengan debu

22/05/2006 Kosmo

SEREMBAN - Penduduk Jalan 8, Fasa 1, Taman Chempaka, Senawang selama ini hanya mampu memendam rasa kecewa dan sakit hati.

Mereka terpaksa menanggung risiko bahaya setiap hari sejak projek perumahan baru dibina di hadapan rumah mereka tahun lalu.

Selain masalah debu dan habuk dari kawasan projek perumahan Fasa 4, Taman Chempaka, mereka juga terdedah kepada bahaya berikutan banyak kenderaan berat yang sering keluar masuk.

Tiada papan tanda amaran atau pengawal ditempatkan ketika kerja-kerja pembinaan dijalankan.

Penduduk mendakwa, pemaju mengambil ringan soal keselamatan orang ramai yang sering menggunakan laluan itu untuk ke taman-taman perumahan atau ke sekolah berhampiran.

Tinjauan KOSMO!ke kawasan itu mendapati ketika kerja-kerja pembinaan dijalankan memang tiada papan-papan tanda amaran atau pengawal lalu-lintas di jalan terbabit.

Akibatnya, pengguna kenderaan terpaksa berkongsi laluan sempit dengan kehadiran jentolak dan kenderaan berat yang menjalankan kerja-kerja disitu.

Seorang penduduk, Hasbullah Rahim, 40, kecewa dengan sikap pemaju dan kontraktor yang tidak prihatin.

"Ini laluan utama penduduk ke sekolah dan taman berdekatan, kenderaan banyak dan sibuk.

"Lagipun ia menuruni bukit, takut kalau-kalau kenderaan tengah laju, tiba-tiba jentolak ini undur siapa harus bertanggungjawab," katanya.

Tambahnya lagi, walaupun sudah ditegur, namun pihak berkenaan tidak mengendahkannya.

Suri rumah, Samiah Manan, 44, berkata, dia dan ahli keluarganya sering sakit tekak dan batuk sejak kerja-kerja pembinaan dijalankan di situ.

" Jika hari panas, habuk dan debu berterbangan masuk dalam rumah sehingga kami terpaksa berkurung tutup pintu dan tingkap setiap hari.

"Kalau sidai baju dekat luar pagar, alamat jadi kuninglah," ujarnya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.