KUALA LUMPUR - Memastikan rumah yang dibeli siap dibina lebih penting dan
utama berbanding memberi waranti 36 bulan.
Setiausaha Agung Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan(HBA), Chang Kim Loong
berkata, waranti itu tidak berguna jika pembeli gagal mendapat rumah kerana
projek terbengkalai.
"Keutamaan harus diberi kepada perlindungan pembeli daripada projek
terbengjalai," katanya ketika dihubungi KOSMO! semalam.
Beliau mengulas laporan KOSMO! semalam mengenai kemungkinan pemaju
diwajibkan menawarkan kepada pembeli tempoh waranti yang lebih panjang
daripada 18 bulan sekarang kepada 36 bulan pada masa depan.
Kim Loong berkata, pembeli pastinya lebih suka jika mereka dilingungi
daripada masalah projek terbengkalai.