Resah berjirankan projek sakit
05/05/2006 Kosmo
KLANG - Lagi isu projek perumahan terbengkalai!
Kali ini dialami oleh penduduk di Karnpung Nelayan, Telok Gong apabila
projek rumah pangsa di ternpat mereka yang masih belum siap sejak tujuh
tahun lalu menimbulkan pelbagai masalah.
Selain didakwa menjadi punca banjir akibat sistem perparitan tidak sempuma,
kawasan sekitarnya juga ditumbuhi semak dan mencetuskan masalah keselamatan.
Ini kerana jarak antara projek perumahan tersebut dengan rumah penduduk
sekitar hanya 50 meter.
Saliran yang tidak sempuma daripada projek perumahan tersebut menyebabkan
air hujan tidak dapat mengalir dengan sempuma sehingga menyebabkan banjir.
Tinjauan KOSMO! ke tapak projek berkenaan mendapati, kerja-kerja pembinaan
sudah diteruskan tetapi perkembangannya perlahan kerana hanya ada beberapa
orang warga asing sahaja kelihatan di situ.
Projek itu mempunyai lima blok bangunan dan sebuah lagi dalam proses menanam
cerucuk.
Seorang penduduk, Amnah Karnain, 54, berkata, projek itu kurang menyenangkan
penduduk kerana punca utama banjir kilat dan air lumpur.
Banjir lumpur, katanya, mengalir memasuki rumah hingga ke paras buku lali
dan menyukarkan mereka membersihkan lantai rumah dengan lumpur yang tebal.
"Ada juga beberapa lubang yang telah digali untuk menanam cerucuk tetapi
sudah dilitupi semak dan berbahaya.
"Kami cukup bimbang kalau ada orang khususnya kanak-kanak yang bermain di
kawasan semak itu," katanya.
Seorang lagi penduduk, Mohd. Azmi Ismail, 32, pula memberitahu, mereka sudah
sakit mata dan hati berjirankan projek yang entah bila akan siap.
"Bukan sabaja semak, tapak projek itu juga berbahaya kerana tidak mempunyai
ciri-ciri keselamatan," katanya. |