Penduduk risau kondo Sri
Angsana Hilir terbengkalai
Kosmo 10/5/2006
KUALA LUMPUR: Empat buah lot kondominium sudah siap namun yang satu lagi
terbengkalai tanpa diketahui sebabnya.
Itulah yang terjadi di sebalik kemegahan Kondominium Sri Angsana Hilir, Desa
Pandan.
Tinjauan KOSMO!semalam mendapati kondominium eksklusif yang 70 peratus siap
itu didakwa telah dibina sekitar tahun 1992.
Lot yang terbengkalai ekoran kemelesetan ekonomi yang melanda negara sekitar
tahun 1997.
Seorang pengawal keselamatan yang tidak mahu dikenali memberitahu, tahap
keselamatan bangunan itu begitu membimbangkan.
"Sebelum tahun 2000, ia menjadi sarang penagih melepaskan gian," katanya
yang sudah berkhidmat lebih dari 10 tahun.
KOSMO!juga mendapati kondominium itu dengan mudah dicerobohi lantaran tidak
dipagari.
Selain itu, penduduk berhampiran juga khuatir tempat itu menjadi tempat
pembiakan nyamuk.
Selain itu, sejak kebelakangan ini ramai warga asing yang tidak diketahui
status mereka telah menjadikan kondominium itu sebagai penempatan haram
sementara mereka.
"Saya selalu buat rondaan di kawasan itu dan dapati banyak pakaian disidai
di dalam kondominium," kata rakan pengawal itu.
Dalam pada itu, dia juga memberitahu KOSMO!bahawa sehingga kini tiada usaha
kerja-kerja untuk menyiapkan kondominium itu disambung dan pemandangan
kondominium itu.
Apa yang dapat dilihat ia terus ditutupi belukar yang semakin tumbuh
menjalar. |