This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Mahu kunci, selesaikan urusan bank

Kosmo 13/5/2006

PETALING JAYA - Pembeli rumah kos rendah Taman Desaria, PJS 5 di sini yang belum membuat pinjaman bank digesa menyelesaikan urusan itu dengan segera supaya tidak berlaku kelewatan dalam penyerahan kunci.

Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Datin Paduka Seripah Noli Syed Russin berkata, satu perjumpaan antara penduduk dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan pihak bank akan diatur pada 20 Mei ini di Kampung Medan.

"Pertemuan ini bertujuan memudahkan pembeli yang masih belum membuat pinjaman bank atau mereka yang mempunyai masalah lain seperti pembeli yang sudah meninggal dunia atau pernah disenarai hitam oleh institusi kewangan, “katanya.

Beliau yang ditemui di tapak pembinaan rumah kos rendah tersebut berkata, projek terbengkalai sejak sembilan tahun lalu itu dijangka siap Julai ini.

Projek pembinaan 882 unit kos rendah di Taman Desaria PJS 5 itu terbengkalai selepas pemajunya bankrap sebelum diambil alih SPNB dua tahun lalu.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.