Kondo bagaikan pangsapuri
murah
Kosmo 7/5/2006
BERDASARKAN statistik yang dikeluarkan Persatuan Kebangsaan Pembeli Rumah,
peratusan aduan mengenai penyelenggaraan kediaman bertingkat bertambah
daripada empat peratus kepada 21 peratus dari 2000 pingga 2004.
Peningkatan ketara itu menimbulkan tanda tanya adakah aduan-aduan ini dibuat
berdasarkan isu-isu yang kecil atau ia sesuatu yang amat serius serta
mencerminkan begitu mudah pembeli rumah dipermainkan oleh pemaju?
Bagi menjawab persoalan ini, wartawan KOSMO! Ahad telah membuat tinjauan di
kawasan Shah Alam, Selayang, Damansara, Sunway dan Sentul. Apa yang
diperhatikan amat menyedihkan.
Seeara umumnya, blok-blok kediaman yang diperhatikan kelihatan lusuh tidak
dicat baru, sampah dan 'bangkai-bangkai' kereta dan motosikal yang
berselerakan.
Lebih menyedihkan ada blok kediaman yang seperti pangsapuri kos rendah
sedangkan ia merupakan blok kondominium.
Itu yang jelas kelihatan, yang agak 'tersorok' pula lain ceritanya.
Paip bocor, saliran tandas tersumbat, ginmasium dan kolam renang tidak
terurus baik, malah surau yang keadaannya bagai 'melukut di tepi gantang'
menimbulkan tanda tanya ke mana pungutan bil penyelenggaraan yang dibayar
digunakan?
Jika keadaan blok kondominium sudah begitu, cuba bayangkan keadaan
pangsapuri kos rendah? Tinjauan diangsapuri kos rendah lebih menyedihkan.
Dining retak, lantai berlubang dan sampah-sarap berselerakan.
Secara purata, tinjauan mendapati bahawa bayaran penyelenggaraan yang
dibayar oleb setiap pembeli serendah RM30 hingga RM214.62 sebulan,
bergantung kepada jenis rumah.
Bayaran itu wajib dijelaskan kepada pemaju hanya sehingga perkhidmatan ini
diambil alih oleh Perbadanan Pengurusan yang ditubuhkan di bawah Akta
Hakmilik Strata 1985.
Bayaran biasanya meliputi bayaran untuk perkhidmatan pungutan sampah,
pembersihan parit-parit awam, pemotongan rizab jalan serta kemudahan awam
seperti surau dan gimnasium.
Namun apa yang berlaku kini, bayaran yang dibuat untuk khidmat
penyelenggaraan tidak 'disertai' dengan perkhidmatan yang diharapkan.
Ditanya mengenai kualiti perkhidmatan penyelenggaraan yang diberikan,
rata-rata pemaju menyalahkan pembeli kerana tidak mahu membayar bil yang
dikenakan. |