Flat Taman Keramat Permai
didakawa terbiar
Utusan Malaysia 16/5/2006
KUALA LUMPUR 15 Mei - Penduduk Flat Taman Keramat Permai kecewa terhadap
sikap pemaju yang didakwa sambil lewa dan lepas tangan dalam menyelenggara
dan membaikpulih bangunan tersebut.
Menurut wakil penduduk flat berkenaan, Jalaludin abd. Khalid, sudah 16 tahun
pemaju tidak membuat sebarang kerja pembaikan terhadap rumah mereka dan
sekarang ini telah menimbulkan banyak masalah kepada penduduk.
"Penduduk taman ini terpaksa menanggung azab terutamanya pengbuni di
bahagian atas flat kerana atap bocor dan retak di setiap penjuru bangunan,
malah salur air dari atap rumab juga sudah tercabut.
"Semenjak tinggal di flat ini, lampu jalan dan lampu tangga tidak pernah
berfungsi memaksa penduduk bergelap setiap malam ketika berada di kawasan
rumah mereka," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Katanya, keadaan flat itu kelihatan usang kerana pemaju tidak pernah
mengecat semula bangunan berkenaan yang mempunyai 12 blok.
Tambah mendukacitakan, mereka masi membayar bayaran penyelenggaraan kepada
pibak pemaju tetapi kerja pembaikan tidak dibuat walaupun aduan dikemukakan.
Jalaludin yang merupakan Ketua UMNO Cawangan Flat Taman Keramat Permai
mendakwa, tambah menyakitkan menguruskan pinjaman pembelian unit flat itu
bertindak memeras ugut pelanggan.
"Antaranya pihak bank memberi tekanan kepada peminjam dengan cara mengugut
untuk melelong rumah mereka sekitanya lewat membayar," katanya.
Menurut Jalaludin, pihak bank dengan sesuka hati menaikkan kadar bayaran
flat berkenaan sebanyak tiga kali ganda dan jelas melanggar surat perjanjian
jual beli rumah terbabit.
Dalam pada itu, Jalaludin memberitahu, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
juga tidak menjalankan tugas mereka dengan sempurna bagi menyedia prasarana
flat berkenaan.
"Kami juga keliru sama ada pihak pemaju ada membayar cukai tanah kami di
Pejabat Tanah Daerah Gombak kerana setiap pembayaran cukai tanah terus
dibuat kepada pihak pemaju," katanya.
Justeru penduduk Flat Taman Keramat Permai merayu pihak bertanggungjawab ke
atas flat itu agar hadir ke sesi dialog yang akan diadakan pada 26 Mei ini.
Beliau berkata, pihak terlibat itu ialah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
(PKNS), Juru Bena Tenagli Sdn. Bhd. (JBT), Citibank, Majlis Perbandaran
Ampang Jaya (MPAJ) dan Pejabat Tanah Daerah Gombak. |