This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Syor tubuh tabung khas firma pemaju

Berita Minggu 30/4/2006

GEORGETOWN: Kementerian Kewangan mahu Kerajaan Pulau Pinang menubuhkan satu tabung khas supaya syarikat pemaju perumahan boleh menyumbang sebahagian kecil keuntungan mereka ke dalam tabung itu.

Setiausaha Parlimennya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata wang disimpan dalam tabung itu digunakan membina rumah kos rendah di kawasan perumahan baru.

Katanya, banyak projek perumahan di negeri ini hanya bertumpu kepada projek komersial yang menguntungkan pemaju berbanding membina rumah kos rendah.

“Kerajaan berharap wang dikumpul dalam tabung khas itu akan digunakan untuk membina lebih banyak rumah kos rendah, berikutan bilangan golongan memerlukan rumah berkenaan kian bertambah.

“Rumah kos rendah sekarang agak mahal, bagaimana golongan miskin dapat membeli rumah disediakan pemaju,” katanya pada majlis pelancaran Botanica.CT di Jalan Sungai Air Putih, di sini, semalam.

Majlis pelancaran disempurnakan Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Turut hadir, Pengerusi Eksekutif Kumpulan MTT Properties & Development Sdn Bhd (MTT), Datuk Dr Kenny Ong.

Dr Hilmi berkata, bagi menjadikan cadangan itu kenyataan, kerajaan negeri perlu merangka satu dasar menetapkan setiap pemaju yang akan membangunkan projek perumahan, menyumbang beberapa peratus daripada keuntungan mereka kepada tabung berkenaan.

Bagaimanapun katanya, terpulang kepada kerajaan negeri menetapkan sumbangan yang harus dikeluarkan daripada pemaju.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.