This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Setahun berlindung di rumah bahaya

15/04/2006 Kosmo

 

Kuala Lumpur - Rumah sudah diduduki hampir setahun tetapi sijil layak menduduki (CF) masgih tidak diperoleh.

 

Itulah dilema penduduk Flat Taman Pasir Permata, Jalan Klang Lama di sini yang saban hari menunggu kelulusan CF selepas mula mendiami perumahan tersebut Januari tahun lalu.

 

Ketua UMNO Cawangan Kampung Pasir Lama, Ariffin Abu Nawas berkata, penduduk flat seramai 500 orang itu bimbang jika berlaku perkara yang tidak diingini kerana mereka tidah boleh membuat apa-apa tuntutan ekoran ketiadaan CF.

 

Malah, katanya, pemaju juga masih gagal mendapat sijil kelayakan menduduki sementara (TCF) ketika mula-mula mendiami perumahan tersebut.

 

"Sebarang tuntutan tidak akan dilayan kerana kami dianggap menduduki rumah secara haram," ujarnya.

 

Sementara itu, Pengerusi Penaja Persatuan Penduduk Taman Pasir Permata, Ahmad Jasi pula memberitahu, perkara tersebut kerap kali dibawa kepada perhatian pemaju tetapi sehingga kini tiada sebarang berita mengenainya.

 

"Saya pernah dimaklumkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pihak-pihak lain seperti Jabatan Bomba, Tenaga Nasional Berhad dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd pernah memeriksa bangunan ini.

 

"Mungkin ada spesifikasi bangunan ini yang tidak menepati piawaian pihak-pihak terbabit menyebabkan pengeluaran CF masih tidak menentu," katanya.

 

Ketika melakukan tinjauan semalam, Kosmo! dimaklumkan seorang penduduk, Ramli Ariffin, 48, perumahan tersebut rata-ratanya diduduki penduduk yang terlibat dalam program penempatan semula setinggan Kampung Pasir Lama.

 

"Ada juga daripada mereka yang enggan duduk di flat ini kerana CF masih tidak dikeluarkan oleh pemaju. Ia juga membebankan penduduk menyewa di luar kerana terpaksa membaya dua pinjaman dalam satu masa," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.